Aku ini suka berfikiran POSITIF walaupun dalam keadaan NEGATIF jadi aku terbalikan carta pergerakan saham FGVH yang dalam trend “naik kebawah” yang merekodkan harga terendah RM4.60 sen jam 10:45 pagi tadi setelah setengah jam diniagakan dengan harga pembukaan RM4.63 (harga penutup semalam).

Bukan nak bagi pakcik dengan makcik kat tanah rancangan tu tambah risau dengan “trend naik kebawah” yang berlaku sekarang ini,cuma nak bagi peringatan kat “golongan pot pet” tukang kompang  yang mati matian mempertahankan penyenaraian ini dari mula tentang REALITI dan PROSPEK yang bakal mendatang.

Boleh saja korang semua keluarkan ALASAN dan FATWA TOK NENEK yang dikatakan mempengaruhi trend yang berlaku sekarang ini,tapi bagi kami yang MENENTANG penyenaraian ini dari awal lagi semua tu dah kami khaborkan dari awal lagi.Jadi ianya bukan cerita baru yang kami tak tahu.

Walau bagaimana pun aku tetap berdoa agar penyenaraian FGVH ini bukanlah satu KESILAPAN BESAR yang akhirnya akan merugikan warga peneroka Felda berbagai generasi.Mari kita sama sama doakan agar ianya cuma trend sementara dan harga saham ini akan kembali saperti yang diharapkan.Amin.