Ini yang aku pertikaikan bila dia menghantar email ini kepada sahabat
sahabat aku yang lain termasuk Uncleseekers

Rasanya sejak aku mempromo buku Setan,Syaitan,Sultan karya Pak Habib secara online dah hampir 60 buah buku yang aku poskan kepada yang memesan dan rasanya tidak ada pesanan yang tertinggal atau terlepas pandang.

Tapi beberapa hari sudah (9Nov) aku menerima email diatas dari seorang individu berjawatan Timbalan Pengarah yang turut memesan sebuah buku.Memang silap aku kerana semasa email dia masuk pada 7hb Nov yang lalu aku tak berapa sihat kerana penyakit tonsil aku yang berulang kembali.

Masa aku terima email tu pada 9Nov aku taklah merasakan apa apa yang pelik kerana ianya memang kesilapan aku terlepas pandang dan aku membalas email beliau (imej atas) mengesahkan pesanan yang dia buat walaupun baru 2 hari dia dah MENGAMUK.

Tapi aku tak sangka pulak mamat Timbalan Pengarah ini cepat menggelupur dan merasa dirinya ditipu hanya selepas beberapa hari (3 hari) memasukan RM60 kedalam akaun anak aku dan yang buat aku marah bila dia hantar email kepada sahabat sahabat aku yang turut mempromo buku ini online termasuk Uncleseekers (imej paling atas).

Macam lah aku buat kerja menipu sedangkan niat aku cuma nak membantu Pak Habib menjual buku ini bilamana toko toko buku dah tak berani nak menjualnya.Jual buku ini pun tak boleh buat aku kaya bila aku terpaksa on and off berkejar ke Poslaju untuk mengirimkan pesanan apatahlagi dapat pesanan dari PEMESAN macam mamat ini yang bila dia masuk je duit dalam akaun dia nak tenguk buku sampai depan pintu dia besuk pagi.

Jadi mulai saat ini aku tidak lagi mahu menerima pesanan untuk buku ini lagi.Aku tak suka orang bersangka buruk dengan aku bab duit macam ini apatahlagi orang yang terlibat secara langsung macam Uncleseekers.Jadi kepada yang nak memesan boleh terus memesan dengan Kerajaan Rakyat,Uncleseekers,Manjungmari dan Alhusseyn.

Kepada 2 pemesan Cik Hasmiza Hassan dan Cik Norul Saiyidah Sark yang sampai sekarang masih tak memberi butir butir diri mereka walaupun dah lama duit mereka aku terima (22 Okt) harap berbuat demikian jika anda membaca artikel ini.Aku tak mau dikatakan “songlap” duit orang walaupun emak ayah aku tak pernah ajar aku buat kerja macam tu.

P/S : Kepada pengirim email diatas buku anda dah pun aku siapkan untuk diposkan besuk.

Update 12/11/2012 1:30pm: Bukti penghantaran sebentar tadi..