Semalam semasa menghadhiri program di University Of Life aku dikejutkan dengan panggilan dari seorang sahabat blogger Penang yang memberitahu aku seorang top blogger Penang yang memang tersohor bukan sahaja di Penang tapi juga di Malaysia bakal masuk PKR.

Bila namanya disebut aku terkejut beruk sebab tahu sangat semangat juang blogger yang seorang ini  bila bercakap pasal Umno…..pendekata toreh kulit darah yang mengalir pastinya Umno.Tapi apa yang membuat dia begitu kecewa dengan Umno dan berura ura nak join PKR?“Minda intilek” aku susah nak percaya berita yang disampaikan pada aku semalam tapi “minda tak intilek” aku kata mungkin benar bila diberitahu alasan kekecewaan beliau.Membaca artikel blogger Double Y atas isu yang sama membuat aku tambah yakin ianya bakal terjadi dan dia bakal bersama PKR.

Taklah menghairankan jika alasan KEKECEWAAN TERHADAP UMNO menjadi alasan dia berkerat rotan berpatah arang dengan Umno.Lihat saja layanan Umno terhadap aku setelah ditolong  beratus juta RM dan bermati matian semasa PRU04,jadi kalau setakat Umno tak peduli bloggers mereka sendiri itu dah menjadi SOP mereka sejak azali lagi.

Siapa blogger yang dimaksudkan?

Aku rasa biar dia saja yang umumkan sendiri bila tiba masanya nanti.

P/S : Aku dah bagi “hint” kat atas takkan tak dapat teka siapa…ha ha ha.