Sebentar tadi aku terima gambar gambar ini kat email aku dari pengirim berstatus Anon dengan beberapa ulasan yang diberikan mengenai nya.Memang semenjak dua menjak ni Mail Kijo dan gang dia tidak akan memberitahu aku pasal apa saja aktiviti dan program yang melibatkan Umno atau BN di Ampang.Ntah apake jadah yang dia tak mahu bagitau aku tak pastilah pulak sehinggakan lawatan PM ke Ampang Indah baru baru ini pun aku dapat tahu dari orang PKR bukan dari orang Umno walaupun setiap hari ada saja AJK Bahagian yang duduk ngeteh dengan aku.

Program pagi tadi pun tidak terkecuali.Aku difahamkan hampir 200 Pemuda BN bermotorsikal berarak sekitar Ampang membawa bendera Barisan Nasional dan diakhiri dengan Bantahan Terhadap Nurul Izzah atas kenyataan dia baru baru ini.

Apa yang menariknya tentang program pagi tadi ialah seolah olah menyatakan kepada KEPIMPINAN TERTINGGI UMNO DAN BN AMPANG yang anak anak muda telah bangkit untuk berjuang menghadapi PRU13 sedangkan PANGLIMA PANGLIMA UMNO AMPANG masih berdengkur dibuai mimpi yang tak sudah.Itu ulasan yang datang beserta gambar yang masuk ke peti email aku sebentar tadi kerana TIDAK KELIHATAN SEORANG PUN PANGLIMA PERANG UMNO AMPANG mahupun PANDAN yang hadhir dalam progran ini kecuali SAFARIZUL Ketua Pemuda Bahagian Ampang.

Inilah cara bekerja Mail Kijo yang menjanjikan kepada @NajibRazak kemenangan 3-0 akan berpihak kepada Barisan Nasional kali ini.