Pada suatu hari ada empat orang buta cuba mengenal gajah.Orang buta pertama mengenal gajah dengan cara memegang pada bahagian kaki,lalu beliau mendakwa beliau telah mengenal gajah,didakwa bahawa rupa gajah itu,tidak ubah seumpama batang kelapa (tempat dipegang itu terkena pada bahagian kaki gajah)

Orang buta kedua mengenal gajah dengan cara memegang ekor,lalu beliau mendakwa beliau telah mengenal gajah,gajah itu tidah ubah seumpama tali (tempat yang dipegang itu,terkena pada bahagian ekur).

Orang buta ketiga mengenal gajah dengan cara memegang belalai,lalu beliau mendakwa bahawa beliau telah mengenal gajah,gajah itu tidak ubah seumpama batang pisang(tempat yang dipegang itu adalah belalai gajah).

Orang buta keempat mengenal gajah dengan cara memegang perut,lalu beliau mendakwa bahawa beliau telah mengenal gajah,gajah itu tidah ubah seumpama tempayan air(tempat yang dipegang itu,terkena pada bahagian perut gajah).

Setelah semuanya telah mengenal gajah,mereka pun beredar dari situ menuju ke suatu tempat.Bilamana keletihan berjalan dibawah panas terik matahari,mereka pun terasa penat,lalu mencari bayang pokok untuk berteduh.Setelah diraba raba,lalu mereka terpeluk sebatang pokok yang besar.Dikiranya pokok yang berbatang besar yang rendang itu boleh dijadikan tempat berteduh,lalu mereka pun berhenti berteduh dibawahnya.
Didalam berhenti rehat dibawah pohon kayu besar itu,mereka pun mula bertanya antara satu sama lain tentang gajah.Salah seorang antara mereka bertanya,sudahkah engkau mengenal gajah?,menjawap sibuta kedua bahawa dia sudah mengenal gajah,gajah itu tak ubah seumpama tali yang ada rambu rambu dihujungnya(merujuk kepada ekur).Berkata sibuta pertama bahawa pendapat sibuta kedua tak betul,yang sebenarnya gajah itu adalah umpama batang kelapa(merujuk kepada kaki gajah).
Tanya pula kepada sibuta ketiga,sudahkah engkau mengenal gajah?,menjawap sibuta ketiga bahawa gajah itu tidah ubah seumpama pokok pisang(merujuk kepada belali gajah).Sibuta keempat  pula mendakwa bahawa semua pendapat sibuta pertama,kedua dan ketiga itu salah dan tidak benar.Sebenar gajah dan sebetulnya gajah itu seumpama tempayan air (merujuk kepada perut gajah).
Keempat empat sibuta tadi telah bergaduh sesama sendiri,dengan mendakwa pendapat mereka sahaja yang betul dan asyik menyalahi antara satu sama lain.Didalam pertengkaran itu,tiba tiba salah seorang dari orang buta tersebut terkena ranting kayu yang gugur dari atas pokok tempat mereka berteduh.
Setelah terasa sakit terkena ranting kayu yang gugur tadi,lalu sibuta yang ditimpa ranting tadi,mendakwa kawannya telah memukul mereka.Dalam pergaduhan itu mereka saling tuduh menuduh,pukul memukul,bergaduh dan saling tumbuk menumbuk antara satu sama lain.Menuduh engkau pukul aku dan aku pukul engkau,sedangkan yang sebenarnya pukulan itu tadi bermula dari ranting kayu yang jatuh dari pokok,menimpa salah seorang dari mereka.Disebakan BUTA mereka asyik tuduh menuduh.
Inilah nasib yang menimpa bagi mereka yang buta mata hati.Kerja orang buta mata hati itu,asyik tuduh menuduh dan mendakwa dakwi orang lain.Pendapat orang lain itu semuanya salah,tidak betul dan tidak kena,hanya pendapat dirinya sendiri sahaja yang betul dan benar.Orang yang buta mata hati itu,tidak akan mendengar pendapat orang lain dan pendirian dirinya sahaja yang benar dan betul.
Parah bila Ulamak lebih berpolitik dari…

Maksud pokok kayu yang besar itu,dikias atau dirujuk kepada seorang guru agama yang mengaku alim dan berserban besar.Sesungguhnya seorang ulamak yang berserban besar dan berjubah labuh itu.jika cetek ilmu agamanya,akan membawa anak didiknya kepada kesesatan dan akan menjadi terpesong akidahnya.
Bila seorang guru yang mengaku alim tapi cetek ilmunya,ini akan menimbulkan kesulitan dan ketidaktentuan kepada murid yang mempelajarinya.Yang menerima malang dan menerima tempias dari guru yang cetek berilmu itu,akan tertimpa kepada anak murid yang menuntut.
Maka jadilah apa yang dipanggil “Ulamak Politik” spesis jaga body..
Apabila orang yang benar benar berilmu(orang yang celik mata hatinya)melihat dan memandang gajah itu dalam konteks keseluruhan(bukan berpandangan sempit) atau (berpegang kepada sebahagian dan tidak pada bahagian yang lain).Mereka yang melihat melalui hati basirah itu,adalah mereka yang memandang agama itu dari sudut yang besar dan menyeluruh,bukan dari sudut pandangan yang sempit.
Bagi yang melihat dari pengelihatan basirah….
Mereka akan nampak sifat gajah secara keseluruhan.Seumpama batang kelapa pun gajah….batang pisang pun gajah….tali pun gajah…dan seumpama tempayan pun gajah.
Selagi yang diyakini itu gajah dan selagi yang didakwa itu gajah,maka itulah SIFAT GAJAH YANG SEBENARNYA.Begitu juga dengan ILMU ISLAM,kita hendaklah ,melihatnya secara menyeluruh dan bersepadu.
Persidangan Mufti Mufti
mesyuarat_mufti.jpg
Itulah yang terjadi dan berlaku kepada umat Islam negara kita sekarang ini.Negeri dan wilayah didalam sebuah negara persekutuan,sedang mengamalkan kaedah hukum syarak yang berbeza dan berlainan diantara negeri atau wilayah.
Hukum Allah dan hukum Islam itu telah dibeza bezakan melalui berbezanya pemerintah negeri atau sempadan negeri.Dalam sebuah negara Islam sahaja,sudah tidak boleh menyelaraskan hukum Islam,apalagi untuk menyatukan atau menyelaraskan hukum Islam secara keseluruhan….
Fikir fikirkan…..
Dipetik dari Kitab Mengenal Diri,Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan.