Pesawat M53-01 Kerajaan Malaysia

Semenjak dua menjak ini minat aku tiba tiba timbul untuk belajar pasal “KESESAKAN TRAFIK DI UDARA”.Iyalah hidup aku selama ini asyik hanya kenal kesesakan trafik di jalanraya saja sedangkan diatas sana pun tak kurang sesaknya macam kat bawah ini.

Pesawat M48-02 Pesawat Eksekutif Kerajaan Malaysia

Minat ini timbul bila beberapa hari sudah aku kena jemput seorang sahabat aku di KLIA yang terbang dari Langkawi.Walaupun flight dia dijadualkan mendarat jam 8:30 malam tetapi dek kerana kesesakan di KLIA(sesak kat atas) malam tu kapalterbang yang dinaiki dia mendarat jam 9:00 malam setengah jam lewat dari yang dijadualkan.Jadi aku cuba membayangkan kapalterbang kapalterbang yang terpaksa melakukan “spiral move” keatas dan kebawah diruang udara KLIA sementara menantikan kelulusan mendarat.

Pesawat 9M-NAA satu lagi pesawat milik Kerajaan Malaysia

Untuk mengetahui keadaan semasa (realtime) kapalterbang yang berlegar diudara negara kita pada satu satu masa aku rujuk pada satu software http://www.flightradar24.com/  yang ada dalam Google.Bukan saja ianya memberitahu kita pasal trafik diudara tetapi juga flight history sesebuah pesawat.Jadi gatal pulak hati aku nak tahu pasal PESAWAT HARTA KERAJAAN kita yang ada empat buah tu…manalah tahu ada yang SALAHGUNA untuk tujuan yang BUKAN RESMI KERAJAAN apatahlagi kalau yang menggunakan nya memang TAK LAYAK menggunakan Pesawat Kerajaan Harta Rakyat Malaysia ini.

Dassault Falcon 900 M37-01 64
Satu lagi pesawat Kerajaan Malaysia


Blackhawk Executive???
Kenapa jarang nampak ya…?

Helikopter Nuri VIP


F28 M28-01 yang telah dibersarakan tahun ini.

‘Flight path’ MF401 dari Doha,Qatar ke Kuala Lumpur

Maka jumpalah aku FLIGHT PATH (flight history) terkini pesawat M53-01(RMF401) yang menghantar TS Muhyiddin ke Melbourne dan kembali ke Subang dan seterusnya ke Doha Qatar dan kembali semula ke Kuala Lumpur(kalau tak silap aku semalam atau hari ini).Jadi penerbangan ke Melbourne tu aku tak mau kisah sangat kerana ianya “lawatan kerja TPM”…cuma nak tahu yang ke Doha,Qatar ini sebab setahu aku Perdana Menteri ada kat Malaysia semasa semua penerbangan pergi dan balik ke Doha ini.Kalau ianya “RESMI” dan melibatkan sesiapa pun tak kisahlah…cuma bagi orang yang baru berminat dalam bidang ini…saja saja gatal aku nak tahu.

Carta menunjukan MF401(M53101) balik ke KL

Apakata yang selama ini tak tahu pasal macam mana nak TRACK sesuatu penerbangan cuba layari
http://www.flightradar24.com/ kerana ianya amat menyeronokan.