Nangis macam ini tak banyak bezanya macam
Drama Sinitron.Dengan Allah Taala tak perlu berlakon
sebab DIA Maha Mengetahui…

Makin hari makin teruk aku tenguk orang tua “so-called ulamak” ini.Akal dia makin tumpul walaupun pemikiran dia masih tajam dan pandangan dia makin kabur walaupun pengelihatan dia masih terang.Siapa lagi kalau bukan Nik Aziz idola kebanggaan Nik Aziz Nik Aziz yang ada hari ini.

Tadi sewaktu aku baru nak layan mata sekejap sambil mendengar Buletin Utama aku dikejutkan dengan komen Nik Aziz terhadap video adik dia apakenama yang berdoa dengan kaedah “melaung dog” yang buat potong stim mengantuk aku.Dengan muka “bengis ulamak” Nik Aziz kata apa masaalahnya mendoakan kehancuran Umno kerana ianya sama macam kita hapuskan(bunyi bunuh) semut atau nyamuk.

Wow hebat ularmark seorang ini bila berbicara,sampai semut dan nyamuk makhluk ciptaan Allah swt pun diperlekehkan dan disamakan dengan manusia dalam bab bunuh membunuh dan hapus menghapus ini,janji nampak HALAL pada mata dia dan mata Nik Aziz Nik Aziz yang lain.

Bercakap pasal semut….salahkah serangga ini kalau bersarang dalam rumah kita kalau rumah kita penuh dengan manisan bilamana “semut dan gula” berpisah tiada kerana itulah “fitrah” semut yang dicipta Allah swt?Salahkah semut kalau anak anak kita atau kita sendiri bubuh gula gula yang separuh dimakan bawah bantal lalu menjadi mangsa gigitan semut?Dari kaca mata semut itu adalah tanggungjawap dan kewajipan mereka disisi Allah Taala untuk mendekati gula dimana saja kerana itu PERINTAH ALLAH terhadap makhluk yang bernama semut ini.Takkan semut nak pergi cari garam atau jadam pulak?

Jadi MENGHALALKAN membunuh semut saperti yang “dihalalkan” Nik Aziz menunjukan ketumpulan akal dia tanpa mahu melihat dengan mata hati mengapa dan siapa yang sebenarnya melakukan kesilapan…semut atau kita?Samalah bila nyamuk diambil contoh untuk “menghalalkan cara” berdoa untuk kerosakan Umno.Kalau nyamuk tak hisap darah kita atau makhluk berdarah yang lain…..nak hisap apa pulak?Nak suruh nyamuk hisap madu bungaan jadi mereka kena bergaduh pulak dengan lebah kerana berrebutkan kawasan?Nanti banyak pulak lebah kena menganggur dan MADU LEBAH yang merupakan satu satunya hasil terbaik lebah yang berkali kali di firmankan Allah Taala dalam AlQuran mungkin tak wujud kerana mungkin jadi “madu nyamuk”.

Aku menyebut dua serangga HALAL HAPUS NIK AZIZ ini untuk menunjukan betapa dangkal dan ceteknya pemikiran orang tua yang bernama Nik Aziz ini bila bercakap pasal kebesaran ciptaan Allah swt.Hanya untuk “menghalalkan cara” dia main sebut saja perbandingan 2 serangga ini tanpa mahu melihat makhluk ini sebagai kebesaran Allah Taala dalam mencipta makhluknya yang berbagai bagai dengan berbagai sebab dan fungsi masing masing.Mungkin KETERSASULAN Nik Aziz memberi perbandingan ini diluar kuasa lidah dia untuk mengawal nya kerana yang berkuasa hanya Allah SWT dan bukan susuk tubuh Nik Aziz.Maka terpacul lah “ayat ayat bodoh” dari Nik Aziz bagi mereka yang ingin melihat dengan mata hati…bagi yang buta mata hati mereka telan sajalah bulat bulat apa yang dikatakan oleh orang tua tumpul akal ini.

Terimalah seadanya kewujudan Umno,Pas,PKR,DAP,BN atau Pakatan Rakyat sebagai satu anugerah untuk negara ini oleh Allah SWT tanpa perlu mempersoalkan kenapa,mengapa dan sampai bila kerana Allah Taala lebih tahu apa yang kita sebagai hambanya tidak tahu…

Jadi berhentilah buat KERJA TUHAN dan kita buat kerja kita sebagai hamba yang tidak punya apa apa daya dan upaya apatahlagi KUASA.Mempersoalkan kerja dan kemahuan Allah Taala samalah saperti kita mempertikai Qada’ dan Qadar Allah Taala yang terangkum dalam rukun keimanan kita yang mengaku diri kita Islam.

Mempersoalkan kewujudan Umno selama 55 tahun memerintah negara samalah saperti kita cuba menidakan apa yang dah tercatit di Luh Mahfuz dan Azali lagi.Apa yang dah tercatit lama sebelum kita dilahirkan…lama sebelum Tok Moyang kita dilahirkan…mungkin juga sebelum wujudnya Nabi Adam as…waAllahu’alam.

APAKAH YANG INGIN KITA PERTIKAIKAN LAGI ?

P/S : Tadi aku juga melihat @NajibRazak menjawap isu yang sama dengan wajah yang berseri dan senyuman meleret.Bandingkan kerutan wajah Nik Aziz bila ditanya dan fikir fikirkan…