Tadi masa mula mula sampai ke Cravencafe aku didatangi oleh seekur kupu kupu yang hinggap dimeja biasa tempat aku selalu berblog.Mula mula aku tak ambil kisah sangat kehadhiran kupu kupu ini dan menyangka ianya akan terbang pergi nanti,tapi selepas setengah jam aku dapati kupu kupu itu masih berada dihujung meja dan saperti tidak mahu pergi dari situ walaupun kita semua tahu makhluk ini akan terbang jika di dekati.

Sikap kupu kupu yang kelihatan jinak dan tak takut dengan aku itu menimbulkan persoalan dan mendatangkan minat untuk aku mendekatinya.Aku cuba memahami dan cuba berkomunikasi dengan cara aku tentang maksud dan tujuan ianya singgah dimeja aku.Aku merenung gerak badan dan tindak balas nya setiap kali aku melontarkan soalan,seolah olah dia faham aku sedang cuba berkomunikasi dengan dia.

Yang amat menghairankan aku bilamana ianya kelihatan cuba bertahan diposisinya walaupun terpaksa menghadapi kekuatan angin hasil dari putaran kipas diinding bersaiz industri yang dipasang di dinding Cravencafe yang berputar maksima untuk menyejukan suasana panas dibahagian luar cafe ini.Sekejap sekejap aku lihat kupu kupu ini terpaksa menukar kaki (bertahan ala kita pasang kuda kuda) untuk bertahan dalam keadaan angin kuat dari kipas yang berputar sambil kepalanya senget cuba menghadapkan mukanya kearah aku.

Bila aku tanya kau nak aku terus berblog?

Hampir satu jam kupu kupu itu berkeadaan begitu seolah olah ianya didatangkan untuk aku….

Sama ada KEBETULAN atau SURATAN kehadhiran makhluk ini (serangga kalau ikut Nik Aziz) disaat saat ” semangat berblog “ aku berada diparas paling rendah dan aku mencari jawapan sama ada untuk terus menulis atau berhenti disini saja,maka interaksi aku dengan kupu kupu sebentar tadi aku anggap sebagai jawapan nya.Mungkin ramai yang perasan yang blog ini tidak boleh diakses sejak petang semalam kerana sengaja aku tutup sementara untuk berfikir.Kalau M.Nasir kata,“Tanya Sama Itu Hud Hud”,maka apa yang aku lakukan adalah “TANYA SAMA ITU KUPU KUPU”…gila ke apa nak beblog atau tidak kena tanya sama dengan kupu kupu?

Bila aku tanya..kau sayang aku ke?

Dalam Istikhorah aku semalam aku mohon pada Allah Taala agar diberi petunjuk dan ilham sama ada aku harus meneruskan atau berhenti berblog..maka aku anggap kehadhiran kupu kupu ini telah menjawap persoalan aku.Cuba anda perhatikan imej imej yang ada…dan perhatikan bentuk seakan huruf “B” yang terbentuk dari kaki dan bayangan kaki makhluk ini.Ianya seolah “B” yang bermaksud “berbloglah APA”…ha ha ha.Kebetulan semua gadget ada bersama aku sebentar tadi jadi dapatlah aku merakamkan gambar dan video interaksi aku sebentar tadi.InsyaAllah siap diedit nanti akan aku siarkan disini untuk kita kongsikan bersama…

Yang paling bestnya bilamana diakhir interaksi tadi aku berjaya memujuk kupu kupu ini untuk hinggap dijariku dan kami dapat bertentang mata dalam jarak tak sampai seinci dan berkomunikasi dengan cara dan bahasa kami masing masing dan akhirnya kupu kupu itu terbang sendiri saperti fitrahnya seakan tahu mesej nya telah aku fahami.WaAllahu’alam…

SO HERE I AM AGAIN…AND AGAIN…AND AGAIN.