Mutakhir ini politik dalam negara kita penuh dengan KECELARUAN.Sejak BN tewas banyak kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU12 2008 dan parti parti pembangkang membentuk Pakatan Rakyat untuk mengisi “kemenangan luar jangkaan” mereka,rakyat dipaksa bangun tidor poltik,minum politik,makan politik,beriadah politik,beribadah politik,politik dan politik…

Pendekata,tiada hari dalam negara ini yang TIADA POLITIK sehinggakan rakyat merasakan saperti dipaksa,disogok dan diperkosa kehidupan mereka dengan POLITIK.Sehingga jelas terbayang dimuka rakyat yang tidak terlibat secara langsung dalam politik KEMUALAN TAHAP NAK MUNTAH bila membicarakan tentang politik.Hanya yang terlibat secara langsung sahaja yang bernafsu dan ghairah dalam hal ini.

Politik pasca PRU12 hanya menjarakan jurang yang sedia ada dalam perpecahan umat Melayu dan secara langsung tahap perpecahan umat Islam di negara ini juga semakin ketara bila dua parti terunggul orang Melayu iaitu Umno dan Pas berlumba lumba merebut pengaruh dari kalangan orang Melayu yang kini agak terbuka pemikiran mereka dalam memilih parti mana yang mereka mahu sebagai pemerintah setelah Pak Lah membuka ‘Kotak Pandora” semasa sepenggal memerintah negara ini dan ditambah buruk lagi dengan kehadhiran parti PKR  dengan “kekuatan baru” yang sebelum PRU12 dalam kedaan “hidup segan mati tak mau”…

Islam,moral pemimpin,fitnah dan tohmahan dijaja semaksima mungkin dalam ceramah ceramah politik oleh semua pihak sama ada yang ingin merebut kuasa atau yang cuba mempertahankan kuasa.Ditambah dengan “kuasa baru” dikalangan pengamal media baru berbagai platform yang sebelum PRU12 hanya diungguli dikalangan penyokong PR menyaksikan pertempuran politik dialam maya tidak pernah berhenti 24/7 walaupun dialam nyata “tentera politik” sedang nyenyak tidur diulit “mimpi dalam mimpi”.Semuanya atas nama POLITIK dan KUASA dan semuanya saperti HALAL dilakukan atas nama FATWA FATWI yang dikeluarkan sesuka hati mengikut keselesaan dan kelebihan yang memihak kepada pihak masing masing,sehinggakan mengheret RAKYAT kekancah kekeliruan fahaman bila membicarakan soal HARAM HALAL sesuatu tindakan dan perbuatan.

Tidak cukup dengan pergeseran pendapat diantara Mufti dan Para Ulamak dipihak parti pemerintah dengan Tok Guru,Musyidul Am atau Para Ulamak dipihak pembangkang,maka segala nama nama besar tokoh tokoh ulamak dalam dunia diheret sama untuk dijadikan “kayu sandaran” untuk menyokong pendapat dan tindakan masing masing berhubung sesuatu isu.Sehinggakan rakyat menjadi BENGONG bila masing masing MENGAKU ulamak SiPolan SiPolan menyokong pendapat mereka…

Bersambung…