Sejak semalam aku memerhati bagaimana kanak kanak ‘dimanupulasi’ oleh ibu bapa mereka dalam apa yang dipanggil “Bantahan Jalankaki Anti Lynas Kuantan-Kuala Lumpur”.Aku melihat betapa tersiksanya kanak kanak ini berjalan,disorong,di dukung dan ada yang diseret oleh ibu bapa masing masing dalam keperitan panas matahari petang dari Tol Gombak ke Markas Pas Taman Melewar Gombak melalui Karak Highway,semuanya atas nama POLITIK yang berselindung disebalik konon nya keperhatinan kumpulan ini terhadap alam sekitar.

Diakhir destinasi semalam aku melihat betapa letih dan lesunya kanak kanak ini sehinggakan tidak berdaya untuk tersenyum bila gambar mereka aku rakam.Hari ini sekali lagi kanak kanak semalam dengan disertai ramai lagi kanak kanak yang baru sekali lagi “didera” oleh ibu bapa masing masing untuk sama sama mengharungi perjalanan dengan kaki dari Markas Pas Gombak ke Dataran Merdeka dalam terik matahari pagi,tengahari dan petang.Cuma bezanya hari ini,kanak kanak ini terhibur sedikit dengan bunyi bising trompet yang mengiringi perjalanan mereka dan bangunan bangunan dilaluan jalankaki hari ini sedikit sebanyak memberi sedikit perlindungan dari terik cahaya matahari dan hujan renyai renyai dihujung perjalanan menyejukan sedikit suasana..

Memanglah takut kehilangan anak…tapi macam anj… lah pulak

Aku kira sudah tiba masanya “penggubal undang undang” negara ini melaksanakan satu undang undang khas khusus menangani manupulasi ibubapa atau sesiapa sahaja terhadap kanak kanak dalam apa jua bentuk perhimpunan bermotifkan politik sama ada ianya ceramah politik atau bantahan terhadap apa jua isu sama ada ditempat awam,terbuka atau tertutup.Kanak kanak bawah umur ini wajib dilindungi.kalau pun tidak oleh ibubapa/penjaga mereka,oleh undang undang negara.

Kalau anjing boleh lah tambat dengan tali…

Arrrrghhhhhh…
Hujan pun hujanlah janji matlamat tercapai..
Kesian aku tenguk si kecil ini..
Adik happy dapat trumpet…kakaknya?

Mama aku pun macam blogger gak..
One big no so happy family…he he
Aku ada rakam gambar adik adik ini semalam di Tol Gombak..
Hari ini pun nampak blurrr je tak happy..
Papa upah trumpet sebab penat jalan ya..
Kalau tak larat jalan seret je…

He he…nasib baik aku disorong
Tak payah peganglah aku penat ni !
Aku pun tak faham apa yang dijerit jeritkan orang orang tua kat sana tu..
Tinggi payung ni lak dari aku…1km lagi kalau aku kena jalan mau
payung ni naik kat kepala tuanpunya payung ni..

Orang keliling kita ni tak tahu ke hari hujan?
Nasib baik siksa hari ini dah berakhir…
Jangan ada lak lepas ni berjalan kaki balik ke Kuantan..
Mau aku racun emak bapak aku,,