Aduka Taruna..dia ini boleh tahan jugak sifat bulldozer dia 
tak reti takut..tu yang aku suka budak ni.

Sebentar tadi aku dihubungi sahabat blogger Aduka Taruna yang memimpin NGO R atau lebih dikenali sebagai Kumpulan Royalti Kelantan yang sedang berjuang isu royalti minyak Kelantan.Dia mintak aku tolong aturkan (kalau boleh) dengan Perwakilan Umno Kelantan yang datang bersidang kali ini untuk menerima memorandum dari kumpulan NGO ini untuk diusul dan dibahaskan dalam persidangan kali ini.

Aku kabor kat Aduka aku ini “blogger tua tak ada nilai pada Umno” jadi sapelah kat puncak Menara Dato Onn tu yang nak dengar cakap aku,lainlah kalau aku ini macam blogger yang itu…he he he.yang menjadi dambaan pemimpin pemimpin Umno.Tapi apapun aku calling calling gak seorang dua yang aku kenal untuk menyampaikan hasrat Aduka Taruna dan beberapa orang kawan kawan nya ini tapi setakat ini belum ada yang positif lagi.Jadi pada Aduka dan kawan kawan janganlah berharap sangat pada aku dalam hal ini,sebab mintak Pas Media untuk persidangan ini pun aku kena “reject”..ha ha ha.Apapun aku suka sikap Aduka dan kawan kawanya ini,yang sekurang kurangnya dia maklumkan aku pasal niat mereka besuk..jadi taklah nanti orang kata main redah je…

Jadi terpulanglah kepada Perwakilan Umno Kelantan atau sewaktu dengan nya untuk respond dalam hal ini.Aku diberitahu oleh Aduka mereka akan masuk ke PWTC jam 3 petang besuk jika tidak ada prior arrangement yang dipersetujui tanpa niat provokasi cuma ingin menyampaikan memorandum sahaja.

Pandangan aku,tak ada masaalah apa bagi mana mana Perwakilan Kelantan untuk menerima memorandum ini kerana menerima tidak bermakna mesti diusul atau dibahas kerana Umno ada peraturan nya sendiri tentang perkara berkaitan usul dan perbahasan dalam persidangan macam ini.

Jadi kepada Datuk Rauf carilah kaedah terbaik dalam hal ini supaya persidangan Umno kali ini tidak dicemari dengan insiden insiden yang tidak diingini.Aku sekadar menyampaikan hasrat segelintir Rakyat Malaysia saja…