Memandangkan hampir semua bloggers Umno sibuk cover program program sampingan Umno kearah PAU 2012 di PWTC dalam dewan berhawa dingin dan tak ramai yang nak berjemur panas terik ikut program Pakatan Rakyat saperti Kumpulan Anti Lynas buat keje giler jalan jalan gelapkan kulit maka terpaksalah aku buat kerja yang tak ramai nak buat ni.
Mentelah PAU kali ini saperti tidak mengkehendaki tenaga aku lagi saperti tahun tahun sebelum nya,maka ada lebih baik aku sibukan diri aku cover apa yang patut buat mengisi masa lapang aku.Apapun esuk lusa dan seterusnya sehingga PAU tamat aku tetap akan hadhir di PWTC tapi hanya akan berada diruang legar PWTC,di Restoran Riverside,The Mall dan lobby dua hotel berhampiran untuk melapurkan “kehidupan luar Dewan Merdeka” ahli ahli Umno yang tidak berpeluang memasuki Dewan Merdeka dan dewan dewan lain dimana perhimpunan semua sayap Umno akan berlangsung.
Jadi nantikan SIRI TEROPONG APA sempena PAU2012 untuk mengetahui luahan rasa,aspirasi dan kemahuan AHLI UMNO MARHAEN yang saban tahun membanjiri ruang legar dan kawasan sekitar lokasi persidangan walaupun hanya mengikuti perhimpunan dan perbahasan usul dari skrin gergasi.Apakah aspirasi dan kemahuan mereka selari dengan apa yang dibawa didalam Dewan Merdeka oleh Presiden mereka dan para perwakilan kali ini.
Ikuti rakaman gambar dan temu bual APA dengan mereka mereka ini nanti.
Sementara itu layan gambar gambar yang sempat aku rakam petang tadi sekitar Jalan TAR dan Dataran Merdeka.
Perhatian : Gambar gambar awal agak kurang jelas kerana tersilap setting dan aku tiba agak lewat dan kelam kabut sikit kerana menghadhiri majlis perkahwinan yang patutnya dihadhiri DS Najib tengahari tadi.Tak banyak imej yang dapat aku rakam kerana hari ini aku lebih fokus merakam video.