Memandangkan aku DIHARAMKAN oleh Umno untuk berada didalam Dewan Merdeka kali ini maka terpaksalah aku melepak di “Dewan Riverside” sebuah cafe diruang legar PWTC yang menjadi tumpuan para pemimpin dan perwakilan Umno saban tahun setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno macam kali ini,

Disinilah tempat dimana kita boleh lihat hampir semua pemimpin besar Umno singgah sebentar atau  untuk menjamu selera kerana ianya salah satu laluan utama untuk kearas aras lain dimana persidangan berlangsung.Tahun depan aku pasti ianya akan menjadi tempat paling sibuk bila kerja kerja MELOBI untuk pemilihan akan giat dijalankan disini oleh “pelobi pelobi calun”.

Hari ini aku bernasib baik bila aku tiba disini “the prime table” sedang diduduki oleh kenalan aku dari Umno Bahagian Gombak jadi dapatlah aku menyelit kat situ untuk memerhati setiap manusia yang mundar mandir didepan nya sama ada ahli atau bukan ahli Umno..sama ada pemimpin diperingkat pusat,negeri atau bahagian dan yang paling ramai ahli ahli Umno biasa.

Memandangkan Sdra Armand Azha merupakan “wakil rakyat meja” untuk hari ini jadi aku rakamkan banyak imej siapa juga yang singgah menyapa Armand dimeja bersebelahan dengan meja aku sebab hari ini aku tak berapa nak ada mood menjelajah jauh dari meja aku.