Kerana terlebih akal nak membelit..memorandum yang sepatutnya diterima
oleh perwakilan Kelantan saperti yang dipersetujui akhirnya kena bawak 
balik Kelantan buat bungkus Nasi Kerabu..
SALAH SIAPA ???

Semalam Aduka Taruna ada hubungi aku mintak tolong aku aturkan kalau boleh untuk dia dan kawan kawan nya menyampaikan “memorandum” berkaitan tuntutan royalti minyak Kelantan kepada mana mana Perwakilan Umno Kelantan yang diperjuangkan nya melalui NGO R dimana dia mengambil peranan amat aktif.(artikel disini)

Walaupun aku dilayan “macam anjing” oleh Umno tapi memikirkan tidak mahu Kumpulan Royalti ini sengaja cari jalan mencetus insiden untuk tujuan politik mereka aku pun hello seorang dua yang aku kira dapat membantu.Tengahmalam semalam aku diberitahu berkemungkinan besar ada wakil dari Kelantan yang sanggup menerima memo dari Aduka dan kawan kawan nya jam 3 petang dan tempat yang dipersetujui adalah di Starbuck The Mall dan ini dipersetujui sendiri oleh Aduka.

Tapi sehingga jam 2 petang aku tak dapat confirmation dari “source” jadi aku sms Aduka memberitahu situasi tetapi dia dan kawan kawan nya tetap bertekad mahu datang datang ke PWTC.Jadi setelah mendapat nasihat dari “source” maka aku disuruh mencadangkan kepada Aduka Taruna dan kawan kawan nya untuk datang ke Riverside Cafe dan tidak menjelajah kekawasan lain kerana Riverside Cafe lebih terkawal dan kemungkinan dia menemui “Perwakilan Kelantan” adalah cerah dan Aduka Taruna bersetuju.

Jam 2:20 ptg aku mendapat confirmation dari “source” memberitahu ada Perwakilan Umno Kelantan yang akan menerima memorandum itu di Riverside dan aku turut memaklumkan kepada Aduka perkara itu.Setelah sejam menunggu dan Aduka Taruna dan gangnya tidak kelihatan aku hubungi dia dan hanya diberitahu oleh Aduka yang dia masih berada di Selangor Chinese Assembly Hall Kg Attap dan hanya Presiden R dan 4 orang lagi akan kesana.Aku peringatkan Aduka tentang tempat pertemuan saperti yang dipersetujui bersama.

Setelah wakil Kelantan jenuh menunggu dan Aduka dan gangnya tak juga muncul muncul saperti yang dijanjikan maka kami anggap ianya mungkin tak jadi dan wakil Kelantan itu pun beredar dari Riverside.Tak lama lepas itu aku dikejutkan dengan berita yang Kumpulan Royalti sedang berada di Aras 4 berhampiran eskalator ala ala menunjuk perasaan.Aku,Armand,Kulaan Niring dan beberapa orang yang memang menanti mereka bergegas ke Aras 4.

Dengan bijaksana Armand kami berjaya memujuk Kumpulan Royalti ini beredar dari Aras 4 walaupun suara suara marah jelas kedengaran disekeliling kami dengan tidak tanduk kumpulan ini yang TIDAK TAHU MENGHORMATI rumah mereka (majlis Umno).Kumpulan ini turun ke Aras 3 sambil aku Armand dan yang lain mengekori mereka dari dekat.Aku ingat mereka akan beredar terus,rupanya tidak.Aku terdengar salah seorang dari mereka mengajak media untuk menemubual mereka berlatarbelakangkan banner Umno.“Ini dah kira KURANG AJAR”,bisik hatiku,lalu aku confront kepala kumpulan ini dan mengingatkan dia tentang persetujuan awal yang sengaja di ingkari mereka dan bersama yang lain menunjukan jalan keluar untuk mereka.

Sempat pulak ketua kumpulan itu memberi alasan tersesat dan gagal mencari Riverside Cafe,Ha ha ha..banyaklah korang punya sesat sampai boleh panjat ke Aras 4.Pakaian warna merah(cuma dibezakan dengan perkataan Royalti) yang dipakai mereka pun sudah menampakan niat tak baik mereka untuk kelihatan “blended” dalam lautan merah Umno.

Sesampai diluar bangunan PWTC mereka masih tak mahu beredar terus sebaliknya mengadakan PC dengan media yang mengekori mereka sejak dari Aras 4 lagi.Aku sempat juga mendengar sedikit apa yang dikatakan jurucakap mereka antaranya menyebut tujuan mereka kesitu untuk menyampaikan memorandum itu kepada Perdana Menteri.Mak aaiii…Perdana Menteri???Sedangkan permintaan awal hanya untuk mana mana Perwakilan Umno Kelantan dan bila jam 2 petang aku beritahu Aduka Taruna yang tiada siapa dari Kelantan yang dapat dihubungi dia sarankan aku kalau boleh SIAPA SIAPA MENYAMAR SEBAGAI PERWAKILAN KELANTAN pun kira ok gak,tiba tiba sampai disini nak sampaikan memorandum kepada Perdana Menteri !

Aku sangat kesal dengan sikap Aduka Taruna dan kawan kawan R nya dalam insiden ini walaupun dia sendiri tak hadhir ntah apa sebabnya.Dia telah meletakan kepercayaan dan keiklasan persahabatan kami walaupun kami berlainan ideologi politik ditahap paling rendah hanya untuk matlamat politik sendiri.

Jadi kepada Aduka Taruna renungkan insiden ini dan jadikanlah iktibar dimasa akan datang.Hanya sikap sporting dan sejuk kepala Armand,aku dan yang lain yang tidak menjadikan insiden yang lebih buruk lagi….

P/S : Aku menghadapi masaalah teknikal image hosting blog ini jadi aku pinjam gambar gambar dari blogger Jiwa Paradox dan Kulaan Niring untuk artikel ini.Selepas masaalah selesai aku akan upload gambat yang aku rakam sendiri tentang insiden ini.