Hari ini aku meninggalkan gelangang perjuangan Umno untuk melakukan sesuatu yang lebih berfaedah untuk diriku sendiri.Cukuplah aku MENZALIMI DIRI AKU SENDIRI selama ini dengan meletakan kepercayaan dan sokongan aku terhadap pihak yang bertahun tahun menzalimi aku atas nama perjuangan dan kesetiaan aku kepada parti.Betul kata seorang sahabat kepada aku baru baru ini yang sebenarnya Umno tidak zalim tapi kita sendiri MENZALIMI DIRI KITA SENDIRI dengan meletakan sokongan kepada Umno sedangkan tiada tempat dan ruang dalam Umno untuk orang orang macam kita ini…kita bukan “gang”.Benar sekali apa yang dikatakan sahabat…
Seharian di PWTC semalam cuba menjiwai kembali saki baki perasaan terhadap Umno yang masih ada dalam diri ini akhirnya menemukan aku kepada erti setiakawan dan perjuangan yang sebenar.Siapa sebenar kawan kita….dan bila diri kita ini dianggap kawan kepada mereka?Ibarat “salesman kereta”…budaya Umno tak banyak berbeza,berapa banyak kereta yang pernah kita jual tidak akan diambilkira walaupun ianya pernah buat taukeh kita jadi kaya raya …tapi yang penting berapa banyak yang mampu kita jual hari ini dan berapa yang boleh kita jual esuk,lusa dan seterusnya.Itulah yang membuatkan Negarawan saperti Tun Mahathir berjauh hati lalu keluar dari Umno semasa pemerintahan Pak Lah.Jadi apa sajalah aku blogger tua ahli Umno taraf phariah…jika pada Tun Mahathir pun Umno mampu melakukan saperti itu.
Di PWTC hari ini dan didalam Dewan Merdeka nanti kita akan dapati ribuan “Umat Umno” yang pernah 22 tahun mencium tangan Tun M semasa beliau memerintah…kemudian nya mengkhianati dan mencerca beliau sepenggal semasa mereka bersekongkol dengan Pak Lah…dan kini kembali mencium tangan Tun M kerana merasakan Tun Mahathir adalah “KUASA DISEBALIK KUASA” yang ada dalam Umno hari ini.
Itulah Umno yang kita lihat hari ini yang menjerit melolong mengaku masih membawa “wadah dan semangat “ Kongres Melayu 1946 bila lahirnya sebuah “PERTUBUHAN MELAYU KEBANGSAAN” yang kini telah di transformasikan menjadi tidak lebih dari sebuah parti poltik yang sama tarafnya dengan Pas,PKR,DAP dan apa jua parti politik yang ada besar mahupun yang kecil oleh golongan jenis PENCIUM TANGAN ini yang hanya berminat untuk mendapatkan kuasa sambil mengumpul kekayaan diri sendiri.Maka hilanglah ROH satu satunya Pertubuhan Orang Melayu yang ditubuhkan oleh orang orang Melayu melalui Kongres Melayu 1946.Itu sepatutnya perbezaan diantara Umno dengan mana mana parti politik yang wujud atau yang telah berkubur selama ini.
Jadi kembali kepada tajuk artikel ini “Menang sorak kampung tergadai”..suka aku nak mengingatkan Umno dalam keghairahan mereka bertempek sorak di PWTC untuk beberapa hari yang akan datang akan REALITI yang menanti mereka dalam mengharungi pertempuran dalam peperangan PRU13 nanti dengan tentera Pakatan Rakyat.
Bilamana gong dipalu…setelah semboyan dibunyikan…bila wisel ditiupkan oleh @NajibRazak menandakan peperangan 14 hari telah bermula…perlumbaan larian 14 hari menuju Putrajaya dilepaskan….ADA KEJUTAN DEMI KEJUTAN yang akan dilakukan tentera Pakatan Rakyat.Semua “senjata ampuh” yang selama ini disembunyikan akan mereka gunakan sepenuhnya untuk menyerang Umno/BN habis habisan.Terus terang aku katakan…setelah aku mengetahui 7 dari 11 “senjata ampuh” yang bakal digunakan mereka kelak…aku yakin tidak akan ada jawapan (atau tidak sempat untuk dijawap) baik dari jentera perang Umno/Barisan Nasional mahupun Tentera Siber mereka.Bila semua ini mereka gunakan dalam tempuh berkempen 14 hari nanti,Umno/Barisan Nasional aku ibaratkan macam Rakyat Palestin di Gaza yang menerima hujanan peluru dari Israel bertali arus tanpa boleh berbuat apa apa.
Sekejapan PERSEPSI RAKYAT YANG RAMAI akan berjaya mereka ubah untuk menyokong Pakatan Rakyat dan menolak Umno dan Barisan Nasional melalui kertas undi kelak termasuklah ribuan ahli Umno yang membanjiri PWTC hari ini dalam Perhimpunan Agung Umno 2012.Tak percaya????
Kita tunggu dan lihat…..
P/S : Aku ingat nak kongsi jugaklah apa yang aku tahu tentang 7 senjata dari 11 yang mereka ada tapi sebab aku ini cuma ANJING pada Umno selama ini…nasib koranglah..Carilah jawapan nya sendiri sebab ada pihak pihak yang dah aku bagitau mengenai ini.
Good article Setuju 110%!
Bro… lu campakkan je jiwa umno lu ke laut. Parti kuno zaman dinosaur dah tak relevan untuk generasi zaman sekarang. Kalau umno mati pun bangsa kita tetap melayu. Tak kan berubah bangsa kita walau umno mampos.Adakah melayu pupus kalau umno mampos? Itu adalah pemikiran sempit puak-puak ketinggalan zaman. Kalau DAP menang 100% sekali pun melayu tetap majoriti di parlimen. Tak perlu risau…
Bro. Gua faham perasaan lu… Gua bukan org politik tapi gua sayang pada partI umno tapi bukan krn pemipim dalmnya tapi buat cakap lu. ROH… Gua syang pada Roh krn roh itu adalah bangsa dan agama.. Gua banyak melaku kan sesuatu sesuatu yg memberi faedah kpd negara dan parti.. Gua boleh bukti kan jika bro kesempatan berborak dgn gua,,, tapi gua juga seperti bro akhir nya kecewa dgn sendiwara semasa umno,,, mcm bro ckp juga umno ada gang.. Sebenar nya kita yg lebih2 syg kan parti tapi yg ada kuasa lebih sayankan gang dan kepentingan dia ( bukan semua tapi hampir semua) gua tak kecewa tapi gua mula rasa mual pada umno wlpun gua lebih jijik pd pakantan raknyat,,, gua selalu berdoa agar gua jgn menyesal memilih dan membantu umno.. Gua takut klu benar umno tiada roh lagi dan yg tinggalmhanya bangkai,,, logiknya sapa yg nak simpan bankai kecuali firaun ,, gua geli dgn org politik ,,,betul lu ckp jgn umno menang sorang… Gua setuju. Tapi babi babi umno ni memang dia suka menang sorak dia tak heran klu kampung tergadai krn babi babi ni dah ada kampung sendiri yg tergadai adalah kampung ranyat.. Gua tak nampak ada pemimpin umno yg betul betul berjuang utk umno kecuali PM dan TPM.. Kadang2 gua kesian tengok mrk bedua ni,,, Cuba lu bayang kan dgn kemudahan umno yg ada dan perjuangan (bukan perangai) umno di ibarat kan mcm semangat anuar ibrahim,kapal dan pemimpin pakatan ranyat,,, lu bayang kan lah bertapa kuatnya umno… Yg gua maksud kan semangat je ok wlp semangat pakatan raknyat sebenar nya bukan lah krn parti tapi krrn niat masing(gua rasa bro faham). Ok lah you just take care and plz dont gv up. Have a good time
Salam Bro APA… ini pandangan mengong sy yg cetek sepak terajang dlm arena politik Melayu ni… janganlah kerana makanan yg dihidangkan basi maka "Pinggan antik" handak dipecahkan… itu sahajalah kenangan " made by UMNO " yg dimiliki oleh bangsa Melayu walaupun dalam UMNO itu sendiri telah menjadi cacamarba… dah ada kaum india muslim, mualaf dan berbagai-bagai sudah… tidak seperti bangsa India atau Cina..