Artikel kali ini masih lagi berkisar mengenai isu Pas Media PAU2012 yang dikeluarkan oleh Urusetia PAU2012 atas nama aku yang diletak bernaung dibawah UMB PPUM (Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia) yang sehingga kini masih tak diserahkan kepada aku(atau enggan diserahkan).Walaupun aku tidak lagi bernaung dibawah UMB tetapi aku tetap diletakan dibawah UMB mungkin kerana merujuk rekod yang ada dengan Urusetia sebelum ini dan mungkin juga memikirkan Tun Faisal seringkali mengatakan “APA blogger mesra UMB walaupun tidak lagi bernaung dibawah UMB” bila kerapkali ditanya media.Lagi pun kalau tak diletak dibawah UMB nak letak bawah siapa “blogger haramjadah” macam aku ini?Takkan nak letak bawah NST ke.Utusan ke,Berita Harian ke,atau TV3 ke…atau lebih cun bawah Malaysiakini ke atau Malaysia Insider.

Seharian isu ini didebatkan dengan wakil UMB sejak imej diatas dihantar ke WhatsApp aku semalam oleh seorang sahabat untuk mencari angkara siapa semua ini terjadi.Rupa rupanya angkara “Pengerusi Baru UMB” mengkarung hingus tak berapa nak kering blogger yang dikenali dengan nama Rezqeen Hill (imej budak debab berbaju hitam diatas) .

Kenapa aku panggil mengkarung ini “Pengerusi Baru UMB” ?

Sebab seharian Pengerusi UMB Tun Faisal hanya berkomunikasi dengan aku melalui pembantu peribadinya sebagai jurucakap dan aku asyik disuruh berhubung terus dengan mengkarung ini untuk penjelasan.Jadi aku terfikir juga ada kemungkinan telah berlaku “rampasan kuasa” oleh mengkarung ini sehingga kuasa untuk memberi Pas Media dalam tangan nya dan bukan lagi Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB PPUM.Hebat..hebat kau Rezqeen…sehingga Tun Faisal dan Timbalan nya Razlan tiada kuasa dalam hal ini.

Aku bukanlah nak membesarkan perkara kecil macam Pas Media bodoh ini,tapi cara korang handle perkara ini tak pro lah bro.Kalau dah takut sangat aku pakai pas atas nama UMB apa salah Tun Faisal gantikan dengan Pas Pemerhati Khas untuk membolehkan aku masuk ke Dewan Merdeka pagi ini?Susah sangat ke nak buat perkara ini memandangkan Ketua Bahagian Putrajaya Tengku Adnan Mansur adalah ketua bahagian beliau yang juga Setiausaha Agung Umno yang tandatangan nya berada dibelakang setiap pas yang dikeluarkan Urusetia?

Kecuali memang berlaku KESILAPAN bila meluluskan pas aku dan memang Umno tak mahu aku masuk Dewan Merdeka pagi ini?

Jadi aku nak tahu atas arahan siapa Pas Media diatas ditahan dan tidak dibenarkan diserahkan kepada aku sebab aku tahu budak mengkarung Rezqeen Hill ini cuma “jadi kambing hitam” untuk seseorang?

Atas arahan Tun Faisal kah…,

Razlan kah…,

Khairy Jamaluddin kah…,

Pak Lah kah….,atau lebih berkuasa dari diatas macam…

@NajibRazak kah….

atau Rosmah kah?

Kalau memang atas arahan @NajibRazak aku tak boleh buat apalah, sebab dia Presiden parti dan kalau dia tak mahu aku berada dalam “dewan yang mulia” ini nak buat macam mana.Tapi aku nak tanya @NajibRazak dan semua orang Umno,apakah aku “lebih hina” dari wartawan wartawan Malaysiakini,Malaysia Insiders dan semua suratkhbar Cina yang diberikan Pas Media kali ini yang tidak pernah melaporkan yang baik tentang Umno selama ini.Apakah aku lebih hina dari semua mereka ini?Sila jawap….

Hanya kerana aku selalu membelasah Pak Lah dan @NajibRazak tidak beerti aku ini anti-Umno atau musuh Umno.Dah banyak kali aku bilang apa yang aku merapukan tentang Pak Lah dan @NajibRazak adalah “HAL PERIBADI KAMI BERTIGA” dan tiada kena mengena dengan Umno atau ahli ahlinya yang berjumlah hampir 4 juta itu.Tapi andaikata Umno dan ahlinya yang 4juta itu merasakan penghinaan aku memang hal Umno dan menyentuh batang tubuh Umno dan ahli ahlinya yang 4juta itu…

APAKATA…

SEMUA AHLI UMNO YANG ADA 4 JUTA ITU PAKAT KELUAR RM50 SORANG.PAKAT BAYAR HUTANG UMNO PADA AKU SEBANYAK RM200 JUTA SAHAJA SELEPAS AKU BAGI DISKAUN.

APAKATA KORANG “MEMILIKUMNOKAN” HUTANG YANG DIBUAT OLEH PAKLAH MANTAN PRESIDEN UMNO TAHUN 2004?

Apa macam…boleh?

Kalau tak boleh anggap saja apa yang aku merapukan tentang Paklah dan @NajibRazak dalam blog aku selama ini adalah MASAALAH PERIBADI KAMI BERTIGA dan tiada kena mengena dengan mana mana ahli Umno baik yang masih bernafas atau yang sudah pulang kepangkuan Ilahi…

P/S : Artikel ini aku tulis setelah dicabar oleh “jurucakap Tun Faisal” malam tadi setelah tiada siapa yang mahu memberi penjelasan tentang duduk perkara sebenar.Aku hormat kepada Tun Faisal tapi dalam hal ini tiada kompromi kerana inilah tahunnya aku bakal miss berada dalam Dewan Merdeka sejak 5 PAU yang lalu.

Empat PAU aku berada dalam dewan dengan Pas Pemerhati Bahagian dan tahun lalu sebagai Media UMB…hanya pagi ini nampaknya aku bakal terlepas…