Ini pun ‘bahasa kiasan’,perumpamaan atau metafora ke Tok Nan?

Kah kah kah…belum sempat menang atau kalah di Bentong Tok Nan dah masuk gear reverse SINI.Tau pulak dia takut dipanggil “TELINGALESS MAN “ kalau ditakdirkan BN kalah di Bentong nanti…

“Jadi apabila saya kata ‘potong telinga saya’, itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan.

“Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah.


Faham Tok Nan semua orang faham “bahasa kiasan”…semua orang tahu perumpaan ke,metapora ke,hiperbola ke saperti yang Tok ungkapkan.Cuma yang orang tak faham sikap BEBALISMA,BONGKAKISMA dan TAKABURISMA yang ada pada diri Tok dalam mengungkap “keyakinan giler” BN mempertahankan kerusi Bentong di PRU13 nanti..tu je.
Kita tahulah Tok memang ada sifat GANGSTERISMA dalam diri Tok tapi ini tak bermakna Tok boleh cakap ikut sedap mulut Tok tanpa memikirkan implikasi yang kenyataan Tok itu bakal diputarbelitkan.Orang pun tahu bila Tun M ibaratkan “Umno macam syaitan yang kita kenal” ianya sekadar kiasan dan perpatah Inggeris,tapi tetap orang nak spin jugak sebab kerja spin menspin ni seronok Tok…macam jugak Tok rasa seronok bila “tepuk tangan atas penumbuk kat atas angin” sebab itu METAFORA.
Kah kah kah..