Sejak dua hari lalu aku agak sibuk cuba menyelesaikan masaalah aku DISAPINA Husam Musa melalui peguam nya Tetuan Hisham & Co di Kota Bharu berhubung saman nya terhadap penama diatas yang dipercayai adalah orang yang sama dengan pemilik blog Papagomo http://www.papagomo.com/.Sebenarnya dah agak lama aku diberitahu satu oleh satu “sumber” mengenai niat Husam untuk mensapina aku sebagai “saksi” bagi mengecam individu yang dikenali sebagai Papagomo yang suatu masa dahulu hebuh diperkatakan di blogsphera ekuran insiden Papagomo memukul aku dalam satu majlis Kementerian Belia dan Sukan.

Gambar ‘curi’ yang aku cilok dari Amenoworld sewaktu sapina disampaikan
kepada aku di Cravencafe.

Seingat aku selepas insiden itu tiada kenyataan rasmi dari aku mengulas tentang insiden itu dan ianya cuma dimainkan oleh beberapa orang bloggers UMB dan banyak nya datang dari bloggers Pakatan Rakyat sendiri yang aku pun dah tak ingat siapa.Memang sengaja aku tidak mahu memperbesarkan insiden itu demi menjaga nama baik bloggers pro kerajaan.Bagi aku sehari selepas insiden itu aku menggangap ianya SELESAI dan ianya cuma salahfaham antara 2 individu dan tak lebih dari itu.

Mamat ini yang ditugaskan untuk menyampaikan sapina.
Memandangkan ianya ‘dokumen makamah’..tiada sebab untuk
aku tidak menerima nya.

Tapi yang terus memanaskan insiden itu adalah perdebatan dikalangan pegamal media berbagai platform selama hampir 2 minggu baik yang pro BN atau yang pro Pakatan Rakyat.Tidak pulak aku menyangka insiden yang dipanaskan oleh orang lain itu akhirnya MENGHERET aku ke Makamah Tinggi Kota Bharu  pagi semalam (4hb Disember 2012) untuk menjadi salah seorang “saksi” untuk mengecam blogger Papagomo.

Sebab itu aku terpaksa ke Kota Bharu setelah menerima SAPINA dan mendapatkan penjelasan dari peguam Dato Husam Musa tentang kenapa aku disapina untuk “kes saman” Husam Musa terhadap individu yang dipercayai sebagai blogger Papagomo.Aku diberitahu sebabnya adalah atas “insiden dipukul” saperti diatas.

Nama nama besar saperti Datuk Ahmad Zahid Hamidi,Setpol beliau Shahrul,Lim Guan Eng dan Tun Faisal Pengerusi UMB turut sama DISAPINA termasuk beberapa bloggers lain.

Walaupun aku DIWAJIBKAN hadhir ke makamah pagi semalam (4hb Dis) dan walaupun aku berada di Kota Bharu pagi semalam tapi aku mengambil keputusan untuk terus tidur dibilik penginapan aku disebuah hotel budget disitu.Ada persoalan yang masih belum terjawap setelah berbincang dengan peguam Dato Husam yang membuatkan aku mengambil risiko didakwa “menghina makamah” kerana gagal hadhir tanpa sebab yang mungkin sekarang ini WARAN TANGKAP sudah pun dikeluarkan terhadap aku kalau mengikut apa yang ditulis Amenoworld.

Mungkin nama nama besar yang aku sebutkan diatas boleh saja MENCABAR sapina keatas mereka menggunakan khidmat peguam…tapi aku???

Ke Kota Bharu pun aku terpaksa menaiki bas ekspres Sani Ekspress dan terpaksa mengharungi pengalaman hampir 9 jam menahan kencing kerana aku memang kerap kencing setiap dua atau tiga jam sekali.

Keratan tiket Sani Express aku

Kepada Papagomo dan penyokong beliau suka aku nak berpesan…

Bukan salah aku kalau Papagomo disaman oleh sesiapa pun.Kalau kes “insiden pukul” itu dijadikan alasan dimakamah untuk MENSAPINA aku,lu pun tahu gua dari hari kejadian itu lagi tidak pernah memperbesarkan hal ini dan mahu ianya dilupakan.Gua dah cuba mengelak pagi semalam demi prinsip gua…tapi selama mana gua boleh ingkar perintah makamah?Itu harus difikir oleh semua orang sebelum sesuka hati nak letak KESALAHAN atas gua.

Andaikata Datuk Zahid Hamidi…setpol dia Datuk Shahrul atau Tun Faisal kelak muncul dimakamah atas kes yang sama adakah korang semua juga nak MENYALAHKAN mereka?

Jadi eluk kita pakat duk fikir fikir…

Sila baca undang undang tentang SAKSI yang disapina

ENGGAN MENERIMA ATAU MENGELAKKAN PENYERAHAN SAPINA 


Jika anda seorang saksi yang penting dan anda enggan menerima sapina itu adalah satu kesalahan jenayah dan and boleh ditangkap dan dipenjarakan sehingga anda telah memberi keterangan. Ada peruntukan penjara saksi yang mengelak diri untuk menjadi saksi. Ada saksi dibayar sebanyak RM 150 untuk menghadiri dan memberi keterangan dalam kes-kes kemalangan oleh peguam pihak insuran. Perbelanjaan yang dialami oleh peguam sebagai elaun saksi dicampurkan dalam kos bagi mengendalikan kes itu dan ditolak apabila pihak insuran membayarnya.