Bunuh Tun Faisal…kucar kacirkan UMB maka pincanglah jentera perang maya
UMNO…agaknya itulah matlamat mereka?

Sudah hampir 2 minggu Perhimpunan Agung Umno 2012 berlalu dan tak banyak yang dapat aku perkatakan kerana kali ini aku terpaksa mengikutinya dari jauh melalui pembacaan dan perkhabaran yang dilapurkan oleh media baru atau eletronik akibat kengkangan yang dilakukan terhadap aku untuk berada bersama sama dalam perhimpunan kali ini,Kecuali dihari pertama perhimpunan bersantai bersama teman teman politik di Riverside Cafe selepas itu aku langsung tidak menjengah PWTC sehingga PAU selesai.

Sejak dari hari pertama lagi aku dah terlibat dalam kontrovesi yang tidak diundang tapi telah DIRANCANG oleh pihak tertentu bilamana Pas Media Khas PAU 2012 yang dikeluarkan Urusetia PAU 2012 tidak diserahkan kepada aku.Pada mulanya aku menyangka permohonan aku untuk diberikan pas media kali ini memang ditolak Urusetia memandangkan kengkangan dalam Dewan Merdeka kali ini yang menghimpunkan lebih 5 ribu perwakilan,pemerhati dan jemputan khas dan dari aspek keselamatan kali ini ianya memang lebih ketat dari sebelum nya,apatahlagi blogger tak bertuan macam aku ini mungkin mereka tak tahu dimana nak diletak.Jadi aku akur dan terpaksalah menerima hakikat yang aku bukan lagi bernaung dibawah Unit Media Baru PPUM saperti sebelumnya…

Tapi agak terkejut dan menjadi tanda tanya sampai hari ini bila aku disapa seorang individu yang juga seorang blogger otai macam aku juga bila melihat aku berjalan tanpa memakai Pas Media PAU2012.“Mana pas media kau Mi?”,tanya individu ini bila aku bersalaman dengan dia.“Mana aku ada dapat pas media,Umno mana bagi”,jawapku iklas.“Ish..mana pulak Urusetia tak bagi,pas media kau ada kat UMB”,tegasnya lagi dengan riak terkejut.“Kau biar betul bro,kalau ada mesti Tun Faisal bagi kat aku”,jawapku.“Takpe nanti aku naik atas check dengan urusetia aku helo kau”,katanya lagi sebelum aku kembali ke Riverside.

Pas Media yang dijadikan “senjata” oleh pihak tertentu untuk mencetuskan
“amok tok nading” aku terhadap Tun Faisal dan UMB tapi tak menjadi.
Perhatikan sikat dibelakang pas itu…

Dalam langkahan kembali ke Riverside Cafe otak aku terus bekerja untuk menganalisa perbualan aku dengan sahabat blogger itu sebentar tadi.Maka berkatalah ‘otak’ aku kepada ‘akal’ aku…Macamana mamat ini dapa tahu yang memang ada pas media yang dikeluarkan oleh urusetia kepada aku dibawah UMB?Tapi soalan itu tiada jawapan sehinggalah…

Esuknya aku menerima imej(gambar diatas) melalui WhatsAp aku dari sahabat ini yang menunjukan memang pas media yang dikeluarkan atas nama aku itu wujud.Melenting aku sekejap untuk beberapa ketika tapi akal aku yang lebih waras cepat cepat menghentikan “mode amokan” yang dah bersedia untuk dilancarkan.Abort ! Abort ! Abort !

Ada ke tuan punya berus rambut kat dalam gambar ni?

Inilah agaknya yang dikatakan Perdana Menteri tentang SABOTAJ yang sedang dan bakal dilakukan oleh orang orang dalam Umno sendiri dan ini adalah salah satu dari yang aku tak pasti berapa banyak lagi dalam menghadapi PRU13 nanti.Umno bukan sahaja menghadapi serangan “musuh” dari luar tapi Umno juga tidur satu selimut dengan “musuh musuh” mereka dan tidak pasti bila mereka akan menikam Umno.

Mari kita berfikir sejenak….

Dari ribuan Pas Media PAU2012 yang dikeluarkan Urusetia PAU kali ini kenapa pas media aku yang menarik perhatian mereka untuk dirakamkan gambar nya..tidak kah pelik?

Aku tak pasti pihak mana yang merakamkan gambar diatas tapi ianya mungkin salah satu yang aku akan sebut ini…

1.Individu tertentu dalam Urusetia PAU2012 

2.Individu tertentu dalam UMB yang merakamkan nya kemudian memberikan kepada pihak ketiga.

Kerana kalau kita teliti gambar diatas ternyata gambar dirakam dalam bilik hotel penginapan seseorang berdasarkan sikat(berus rambut) dimana pas itu disandarkan sebelum dirakamkan gambarnya.Beerti pas itu telahpun sama ada diserahkan oleh Urusetia PAU secara resmi kepada UMB atau ada individu dari Urusetia yang merakamkan gambar itu dibilik sebelum diserahkan,tapi aku berat mengatakan yang pertama.Individu yang merakamkan gambar(kalau UMBians) ini pula adalah seorang lelaki berambut panjang atau seorang wanita (kerana menggunakan berus rambut dan bukan sikat) dan kalau dia nya lelaki berambut pendek mesti ada seorang wanita bersamanya dalam bilik penginapan.Soalan nya siapa lelaki  dalam UMB berambut panjang atau berambut tebal atau siapa wanita dalam UMB?

Soalan ini penting sebab kita ingin tahu kenapa gambar pas media itu dirakamkan dan kenapa ianya disalurkan kepada “pihak ketiga”(bukan umbian) untuk ditunjukan kepada aku?Apa motifnya..kecuali memang ada pihak yang sengaja merancang agar aku menyerang UMB bilamana pas ini tidak diserahkan kepada aku.Apakah dalam UMB memang ada talibarut,trojan atau pengkhianat yang sengaja nak menghuru harakan UMB,supaya UMB jadi kucar kacir dan hilang fokus dalam menghadapi PRU13 nanti?Tun Faisal harus berhati hati…kerana Alhamdulillah manusia merancang tapi Allah Taala ada perancangan nya sendiri dan aku cepat sedar akan ‘game’ ini dan tidak terpengaruh dengan rancangan jijik mereka (siapa pun kamu).

Kesian Najib sorang sorang je dia…yang lain he he he

Inilah unsur unsur SABOTAJ yang disebut Perdana Menteri berlaku bukan sahaja dalam Umno itu sendiri tapi melibatkan “jentera perang siber” mereka saperti UMB.Semua tahu jentera UMB adalah salah satu tunggak kuat diantara beberapa yang ada dan aku berani katakan sebagai yang terbaik dari yang terbaik yang dipunyai Umno ketika ini untuk mendepani jentera siber Pakatan Rakyat,dan tidak hairanlah kalau ianya mencetus rasa irihati dikalangan pengamal media pro kerajaan yang lain dan ini hakikatnya dan tiada siapa boleh menafikan nya.

Bekerja rapat sewaktu bersama UMB dengan Tun Faisal mendedahkan aku kepada sikap professional,visi dan strategi terancang beliau dalam pertempuran siber ini.Pendekata Dia tahu apa yang dia buat dan apa yang perlu dibuat,tapi saperti yang aku kata dia senantiasa di intai oleh MUSUH MUSUH nya baik dalam Umno sendiri apatahlagi diluar sana.Mereka senantiasa mencari peluang untuk MERUNTUHKAN Unit Media Baru yang dipimpin dan diperkuatkan oleh Tun Faisal sama ada bermotifkan politik,peribadi atau dana yang ingin direbut. Maka tidak hairanlah ada yang sanggup bekerjasama dengan musuh sekalipun asalkan Tun Faisal dapat dijatuhkan dan UMB akhirnya runtuh yang mengakibatkan JENTERA PERANG SIBER UMNO juga turut pincang bagi menghadapi PRU13.

Sekor kuda Bajau…sekor Belangkas..dan sekor lagi Hippo.
Eluklah tu 3 ekur ni…

Begitulah dasyatnya permainan SABOTAJ yang berlaku dari dalam Umno sehinggakan jika anda imbas kembali “ucapan penggulungan Presiden Umno “ semasa hari terakhir PAU dia mengeluarkan ungkapan “3 EKOR” bila merujuk kepada satu kumpulan Tiga Abdul dalam kepimpinan tertinggi Umno hari ini.Boleh saja kita menganggapnya “gurauan” oleh Najib tapi sebagai orang Melayu yang berperkerti tinggi kita tidak akan bergurau begitu dalam majlis yang begini apatahlagi disiarkan secara langsung keseluruh negara KECUALI ada yang cuba MENSABOTAJ Najib dalam ucapan penggulungan masing masing.Ada ke?Sila dengar balik semua ucapan penggulungan bermula dari Ketua Puteri sehingga ke Presiden…kah kah kah.

Jadi kepada yang teringin nak SABOTAJ Tun Faisal dan UMB…jangan lupa APA akan senantiasa berada diantara ANDA SEMUA dan Tun Faisal.

ADIOS.

Baca juga  http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1854&Itemid=58

Nota kaki :
Dalam isu pas media ini ada blogger UMB yang ajak aku bertumbuk depan Leo Hotel tempat penginapan mereka semasa PAU.Mungkin dia nak ikut jejak langkah seorang blogger yang pernah tumbuk aku suatu masa dulu dan aku cuma diamkan sahaja.

Tapi bila Tun Faisal dan UMB diserang semua kecut nak melawan dan sorok kerandut masing masing dalam mulut,hanya dengan aku mereka nak tunjuk hero.Lain ulu lain parang bro..sekarang ini bukan setakat depan Hotel Leo sampai ke Kedah tempat lu jadi kepala UMB pun gua berani cari lu dan bertumbuk…kalau teringin sangat.

Atau gua tak perlu turun pun kesana kalau setakat nak tenguk lu terlentang…

Itulah dia budak budak hingusan UMB yang tidak tahu menilai erti persahabatan dan kesetiaan dan mudah saja menganggap AKU musuh hanya kerana tidak lagi bernaung dibawah UMB.