Aku suka ada PM macam @NajibRazak yang punya wawasan jauh kehadapan.Walaupun realiti nya kebanyakan rakyat miskin atau jenis makan gaji nak beli rumah harga bawah 100K pun meleleh tahi telinga tapi pada Najib rumah mampu milik standard rakyat 1Malaysia adalah RM300k.Tersembur pasembur mamak mamak Penang mendengar pengumuman Najib siang tadi.

Tapi iya tak iya jugak…bila wanita wanita di Malaysia dah mampu beli beg tangan Berkin harga ratus ratus ribu USD dalam berbagai warna,apa sajalah 300K ni…sap sap suey kata orang Jawa.

Sebab itulah jugalah agaknya Pemuda Barisan Nasional sanggup beli tanah sekangkang kera Kg Manggis dengan harga RM22 Juta untuk buat Perojek Perumahan Rakyat 1Malaysia asal rakyat miskin dapat rumah biarpun tak untung.

Memang PM kita ini dapat menyelami hati nurani rakyat yang hidup dalam paras cukup cukup makan dan tak cukup makan.

KAH KAH KAH