Mera Naam Joker adalah filem klasik Hindustan tahun 60an yang pernah menjadi box-office dinegara kita waktu itu.Sewaktu kecil aku selalu mendengar ayah(masih hidup) dan arwah ibuku membicarakan tentang filem ini setiap kali lagu lagu hits dari filem ini berkumandang dicorong radio setiap tengahari (aku tak ingat jam berapa).

Tapi aku bukanlah nak membicarakan tentang filem bollywood dalam artikel ini,tapi sekadar nak guna tajuk filem ini Mera Naam Joker.Kebelakangan ini aku kerap ditanya oleh sahabat sahabat penggiat media pro umno/bn tentang siapa aku sebenarnya dan kiblat aku dalam politik,dan jawapan aku kepada mereka…

MERA NAAM JOKER…

Mungkin “joker” yang dimaksudkan dalam filem Hindi diatas adalah karektor “badut” bodoh bodoh alam yang dilakonkan Raja Kapoor yang terjebak dalam cinta tiga segi,tapi “joker” yang aku maksudkan lebih kepada joker didalam permainan daun terup…

Siapa yang kaki main daun terup berbagai permainan tentu faham “fungsi” Joker ini dalam sesuatu permainan daun terup…ianya boleh “membantu” untuk seseorang itu menang permainan dan boleh juga digunakan untuk “menghalang” seseorang opponent dari memenangi permainan sebagai “pengacau”.Selittttttt………….

Itulah aku…ibarat JOKER yang boleh “membantu” dan juga boleh “menghalang”..atau dalam bahasa mudah faham aku ini “BUDAK NAKAL”.

Sebelum ini aku tak kisah sangat apa peranan yang perlu aku mainkan sebagai penggiat media baru dalam senario politik negara,sebab aku sendiri tak pasti disebelah mana tembuk aku sebenarnya berdiri…sebelah sini atau sebelah sana?Tapi bila aku berbincang dengan “wakil boss” aku baru baru ini,baru aku tersedar yang orang sebelah sini tembuk tidak pernah menganggap aku sebagai sebahagian dari mereka kerana sikap “loose cannon” yang ada pada diri aku selama ini.Lantas aku menjenguk kesebelah sana tembuk dan melihat tangan tangan yang menggamit aku untuk menyeberang kesebelah sana untuk bersama sama mereka…“kami lebih memerlukan anda disini dari mereka yang memerlukan anda disebelah sana”,itu suara suara sayup yang kedengaran dari sebelah sana.

Berfikir seketika…

Aku mengambil keputusan untuk tidak lagi berada disebelah sini atau menyeberang kesebelah sana tembuk.Aku lebih senang berada diatas dinding tembuk untuk memudahkan aku “mengetuk” kepala mereka mereka yang suatu masa dahulu aku sokong andaikata mereka menghampiri wilayah aku diatas tembuk ini.Dalam masa yang sama kalau aku rasa “orang sebelah sana” perlu aku bantu untuk memberitahu mereka apa yang berlaku sebelah sini…akan aku lakukan tanpa teragak agak.

Itulah aku…JOKER dan….

MERA NAAM JOKER