Hari ini orang Pulau Pinang kena tutup hidung kerana @NajibRazak usung “BANGKAI HIDUP” dalam lawatan Janji Ditepati nya ke Pulau Pinang.“Bangkai” yang aku maksudkan adalah mangkuk yang pakai baju oren duduk sebelah Najib (gambar atas) Ahli Parlimen Kepala Bantal.Kah kah kah..

Dah lama aku tak usik dan jentik telor Mangkuk Hayun Dollah ni jadi hari ini mood aku datang balik bila tenguk mereka berdua bergandingan nak cuba tawan balik Pulau Pinang dari tangan Guan Eng.Aku tak mahulah mendahului Allah Taala dalam hal ini,tapi kalau ikut perkiraan dan pengamatan aku tentang sentimen Penangite…kena tunggu 2 penggal lagilah nampak nya kalau nak letak orang BN jadi Ketua Menteri Pulau Pinang kembali macam sebelum ini.Apapun kuasa Allah Taala siapa yang tahu kalau tiba tiba Melayu Pulau Pinang nak balik orang yang pernah jual mereka (spesis mamak dan anak ulamak) berpuluh puluh tahun kembali memerintah?Tahap kebodohan manusia ni bukan boleh kira sangat…kah kah kah.

Gambar asal yang aku cilok dari Dr.MiM.
Korang ingat Koh Tsu Koon yang Najib sayang sangat tu
nak bantu BN tawan balik P.Pinang?
Kah kah kah…makan gula gula angin sajalah…

Apapun sejak aku mula ‘MESRA ALAM SEKITAR” dan sukakan warna “KEHIJAUAN” ini “mood membelasah” aku datang balik secara tiba tiba.Iyalah…hampir 10 tahun aku menghirup “udara beracun” walaupun langitnya berwarna “BIRU” sehingga keluar darah “MERAH” dari hidung dan telinga aku dan hampir saja membunuh aku.Mujur aku dinasihatkan oleh akal aku agar mengubah sikap aku dan lebih mesra kepada “alam sekitar” dan “kehijauan”.

Jadi kepada Dollah dan @NajibRazak…masih ingat tak tentang “SEBELAS SENJATA AMPUH” yang pernah aku tulis disini yang bakal digunakan Pakatan Rakyat untuk merobohkan kota pertahanan Barisan Nasional?

Mungkin kini mereka akan dapat “SENJATA KEDUA BELAS” pula?

Siapa yang akan bagi mereka haa??? Ntah..?

Tapi walaupun “senjata” ini keluaran tahun 2004 tapi ianya tetap AMPUH dan mampu membunuh apatahlagi jika digandingkan dengan 11 senjata yang lain.

Lu orang ada erti kaa apa yang aku sembang ni??