Kalau kau nak jadikan blog kau BLOG 18 SX silakan…tapi tolong keluarkan logo APA Media Team dari banner blog kau kerana aku tak mahu dilibatkan sama dengan “ilmu porno” yang baru kau tuntut ntah dari siapa.Aku tak ajar kau untuk jadi BLOGGER PORNO bila kau datang minta aku berkongsi ilmu berblog.

Aku cipta banner diatas untuk kau bertujuan untuk menonjolkan bakat kau dalam bidang fotograpi agar suatu hari kelak kau akan dikenal kerana hasil kerja kau dalam bidang ini.Kau nak mula belajar menulis ok fine…aku takde bantahan asal saja kau menulis dalam acuan kau sendiri dan bukan acuan orang lain apatahlagi jika didesak oleh orang lain.Tapi nampaknya kau dah hilang arah dan mula terpengaruh dengan unsur unsur 18 SX…

Kau boleh teruskan apa saja itu hak kau,tapi tolong jangan melibatkan aku secara tak langsung dengan terus mempamirkan logo APA Media Team dibanner blog kau.Mintak tolong siapa juga “guru” kau yang turunkan ilmu baru ini untuk create satu banner baru bersesuaian dengan minat baru kau ini.

Boleh kan?

Aku bagi kau 24jam untuk menukar banner blog kau tu.

ADIOS.