Dua sahabat aku yang pergi bersama sempat bergambar dengan
‘bapa pengantin’.Aku tak adalah sebab aku yang merakam gambar..

Dua hari sebelum PAU2012 ada cerita menarik yang berlaku pada aku yang tak sempat nak aku ceritakan disini bila aku disibukan dengan isu Pas Media PAU aku dan memandangkan @NajibRazak tengah berkobar kobar bersidang aku tak mau spoil mood dia.Hari ini memandangkan semua dah selesai jadi aku nak story sikit kat sini sementara tunggu halftime Harimau Malaya bertemu Thailand separuh akhir pertama (harimau jugak..hik hik).

Inilah dia watak “Pak Janggut” yang selalu aku kisahkan dalam
dongeng maki hamun aku pada Pak Lah selama ini.

25hb Nov lalu aku mendapat undangan dari seorang sahabat yang juga “sepupu sepapat” Najib untuk menghadhiri majlis persandingan anak perempuan dia yang juga “anak saudara” Najib.Kali pertama aku mendapat undangan itu aku bertanya kepada adik ipar bapa pengantin,“Betul ke abang jemput aku dan semua kawan kawan yang terlibat…?” dan jawapan yang aku terima,“Betul lah.takkan abang nak main main pulak..”,jawap Din penuh yakin.

Aku yang masih separuh percaya bertanya lagi,“@NajibRazak datang ke…?”.

“Mestilah datang anak buah dia kawin,takkan dia tak datang..”,jawap Din selamba.

“Habis..?”,tanyaku pendek.“Habis apa..?”,Din bertanya balik buat buat bodoh.

“Habis hal kita dah selesai ke yang abang nak letak “kambing” dengan “harimau lapar” satu kandang ni…?”,aku bertanya dengan nada agak tinggi sikit.

“Kah kah kah…mestilah hal dah selesai kalau tidak masakan abang berani jemput bro dan yang lain datang kenduri yang @NajibRazak ada sekali..nak mampos! “,jawap Din sambil ketawa.

Dipendekan cerita bila tiba 25NOV “kambing” tak datang (atau mungkin tak berani datang) kerana tahu kat situ ada “harimau lapar” yang masih lapar dan masih belum diberi makan.Kah kah kah….maka hampalah aku nak duduk semeja makan dengan Najib dalam keadaan penuh mesra dan harmoni.

Walaupun aku lihat ramai anggota UTK berkeliaran dalam dewan tu tapi kelibat Najib langsung tak kelihatan sehinggalah aku meninggalkan majlis itu.Cuma aku diberitahu Din sebelum aku tiba,Toh Puan Raha ibu Najib ada datang dan semasa aku masih disana anak lelaki Najib Naja(aku tak pasti yang mana) ada disitu.

Mereka ini pun kira harimau harimau yang turut hadhir haritu.Kalau dikumpul
“hutang” aku (aku ke Umno?) kepada kumpulan ini mau dekat RM100 Juta.

Itulah secebis kisah tentang “kambing” yang sepatutnya disatukan dalam satu kandang dengan “harimau” tak jadi datang sebab harimau masih “lapar”.

Sehingga hari ini HARIMAU MASIH LAPAR… 

Siapa yang cam kereta ini pasti tahu siapa ‘pemilik”nya..he he he
Setakat ini sahaja gambar yang boleh aku paparkan disini walaupun banyak yang aku rakamkan hari itu demi menjaga ketenteraman dan menghormati tuan rumah.