Kitaorang punya semua masih ok je…masih terpacak macam ni…
walaupun Tuan Presiden kata ‘kami’ ada ekur…

Pulang saja dari Kota Bharu aku menerima khabar gembira dari Umno yang memberi kata dua kepada aku “Berhenti hentam Najib dengan Rosmah dan pemimpin Umno lain atau “elaun broadband” anda selama ini akan diberhentikan serta merta!…”.
Jawapan aku kepada Umno….GO TO HELL.
Apa korang ingat besar sangat ke “elaun ciput” buat bayar broadband dan beli rokok Suria 16 yang korang bagi kat aku selama ini?Korang ingat sebab aku terima “elaun ciput” itu aku mesti  ikut arahan korang untuk angguk angguk dan geleng geleng macam korang buat kat bloggers lain?Aku pun tak boleh hidup senang dan aku pun tak boleh mati dengan “elaun broadband” yang aku terima selama ini.Aku pun tak pernah rasa terhutang budi diberi elaun ciput selama ini yang kalau aku nak ambil perkiraan ntah 0.00000020 % dari apa yang korang masih TERHUTANG dengan aku…so GO TO HELL.
Sorrylah beb…ini APA lah dan MERA NAAM JOKER!
So..memandangkan Umno dah buka “buah sudi” untuk aku,aku pun takkan menolak jika diajak bersilat walau digelangang mana sekalipun.Selama ini “elaun ciput” tu yang menghalang aku dari menyerang Umno habis habisan(dan aku belum pernah serang Umno pun) kerana dalam hati aku masih ada rasa sikit “batasan dan kengkangan”,dan yang aku serang on and off selama ini pun cuma batang tubuh Paklah mantan Presiden dan @NajibRazak Presiden Umno sekarang secara  PERIBADI yang tiada kena mengena langsung dengan Umno atau ahli ahlinya yang lain.
Tapi bila “elaun ciput” tu pun korang nak jadikan kuasa tawar menawar untuk dictate cara aku harus menulis kat blog ini…korang boleh simpan duit tu bagi makan anak bini korang!
Sebab tu sejak beberapa hari lalu kalau anda perasan blog ini dalam ATTACKING MODE dan untuk hidangan hari ini aku siarkan “ucapan penggulungan” Najib masa PAU2012 yang lalu(video diatas) yang mengungkap perkataan 3 EKUR dua kali bila merujuk kepada tiga orang Naib Presiden Umno masa hari terakhir perhimpunan hari itu.Ini bukan perkara “gurauan” kalau itu yang nak dijadikan alasan saperti yang aku ulas sebelum ini dan kalau benar ianya gurauan sekalipun masa dan majlisnya langsung tak sesuai apatahlagi bila ianya disiarkan secara langsung keseluruh negara.Tidak kah ianya menggambarkan betapa rendahnya “pekerti” seorang Presiden sebuah parti yang konon nya mewakili Bangsa Melayu?
Jadi kepada Umno dan pemimpin pemimpin mereka bersedialah…
Selepas ini setiap helaan nafas…setiap gerak dan langkah dan setiap tuturkata dan bicara akan berada dalam “teropongan” aku tanpa mengira korang siapa.Tersilap langkah,terlajak kata, disini MAKAMAH PERSEPSI RAKYAT akan membicarkan korang semua.Sebab apa…?
Sebab….
MERA NAAM JOKER !