Menonton video dibawah aku teringat akan rampasan bunga api dan mercun haram yang dilakukan Kastam Diraja Malaysia atau pihak berkuasa yang lain saban tahun.Aku ingat kalau dikumpulkan berita berita rampasan ini sejak sekian lama berkontena kontena banyaknya hasil rampasan mercun dan bunga api ini.Soalan nya…

Kemana atau cara bagaimana rampasan ini dilupuskan (kalau dimusnahkan) aku tak berapa jelas.Semasa aku di Brickfields dulu dan berkawan dengan ramai pegawai Kastam pun  aku gagal mendapat jawapan dari mereka.Pernah juga semasa aku belum bergelar blogger dulu aku minta pengacara terkenal TV3 Mazidul Akmal Sidek melalui sms untuk membuat satu rancangan khas berhubung perkara ini tapi tiada respon dari beliau.

Semasa menjadi pengurus kelab dangdut dulu memang aku seringkali disuruh “taukeh kelab” untuk membida untuk “arak arak rampasan” di pejabat Kastam DiRaja Malaysia P.Jaya untuk dijual semula ditempat aku bekerja.Tapi aku kurang pasti sama ada “mercun dan bunga api haram” ini melalui proses yang serupa dengan “arak rampasan” yang boleh dibida,dan kalau iya..sama ada untuk pembida tempatan atau luar negara?

Sementara kita menanti jawapan dan kalau ada jawapan dari pembaca yang tahu yang sedang membaca artikel ini,kita layan dulu video bagaimana mercun/bunga api haram ini di lupuskan di China rasanya….