Oklah kalau PM kita dan isteri sanggup mencemar duli duduk melepak makan bersama rakyat macam ini..tersentuhlah jugak aku tenguk.Tapi jangan hanya dalam musim PRU je rajin buat keje tak senonoh macam ini…hari hari lain pun kena buat juga apatahlagi kalau nanti dah dapat 2/3 ke…3/3 ke atau 4/3 ke.

Jadi sukalah aku nak menjemput PM dan isteri datang Cravencafe tempat aku melepak untuk sama sama kita pekena teh dan Nasi Kandar Penang sambil bincang bincang masaalah negara.Kalau tak tahu Cravencafe kat mana boleh tanya Husam Musa sebab orang dia tahu nak cari aku masa sampaikan “sapina” baru baru ini…

Ada bran ke Mr.Prime Minister?

P/S : Ini bukan cabaran tapi jemputan…jangan salah sangka.