Sebelum ini aku adalah salah seorang yang kuat menentang AES dan ini jelas dengan beberapa penulisan aku yang menghentam sistem ini dan mereka mereka yang terlibat dengan nya.Ditakdirkan Allah Taala sewaktu berihat dirumah beberapa malam sudah aku terTONTON (tak sengaja tonton) program Bual Bicara TV3 dimana tamu jemputan nya Ketua Pengarah JPJ untuk menjelaskan tentang AES yang menjadi pedebatan hangat rakyat ketika ini.

Penjelasan demi penjelasan yang diberikan oleh Dato Solah mengenai sistem AES dan penyedia sistem ini yang jadi bahan pertikaian dan kritikan yang akhirnya diambil kesempatan untuk di politikan oleh pihak pihak yang tidak bertanggung jawap.

BERMULA SEJAK SEPTEMBER 2012 SEMUA KAMERA STATIK (AES ATAU TIDAK) YANG MEREKODKAN KESALAHAN LANGGAR LAMPU MERAH DAN HAD LAJU AKAN ADA PAPAN TANDA AMARAN TENTANG KEWUJUDAN NYA 2KM SEBELUM KAMERA JIKA DILEBUHRAYA DAN SEKURANG KURANGNYA 500M SEBELUM LAMPU ISYARAT.

SEJAK SEPT 2012 JUGA ISTILAH “PERANGKAP LAJU” SUDAH PUPUS DAN TIDAK WUJUD LAGI BILAMANA SETIAP OPERASI PIHAK BERKUASA ATAS KESALAHAN MEMANDU LEBIH HAD LAJU “DIWAJIBKAN” MEMBERI TANDA AMARAN KEPADA PEMANDU AKAN WUJUDNYA OPERASI ITU 2KM SEBELUM TEMPAT KAMERA BUKAN STATIK ITU DIPASANG.TAK ADA LAGI MENYOROK BELAKANG TIANG,DALAM SEMAK ATAU ATAS BUKIT UNTUK MEMERANGKAP PEMANDU YANG MEMANDU LAJU.

Aku ingat penjelasan Dato Solah itu amat TERANG dan JELAS dan istilah “PERANGKAP” had laju termansuh dan pupus dengan sendirinya bilamana kewujudan Kamera AES atau apa jenis kamera sekalipun akan diketahui setiap pemandu sebelum menempuhnya.

JADI KALAU DAH TAHU DIDEPAN ADA KAMERA DAN MASIH NAK MELAKUKAN KESALAHAN LEBIH HADLAJU ATAU LANGGAR LAMPU MERAH SENDIRI TANGGUNG LAH BEB….JANGAN BISING BISING SALAHKAN KERAJAAN!

Sudah tahu depan ada lubang lagi mau jalan….sendiri terjun sendiri masuk hospital lah!

Dibawah aku sertakan video temubual dengan Dato Solah tapi bukan dalam program yang aku tertonton tu tapi  DIALOG yang juga berkaitan AES.Selamat memahami isu AES ini…

 

P/S : Bercakap pasal PENYEDIA SISTEM AES ini yang tentunya mahukan ramai pemandu disaman supaya diaorang boleh dapat untung dan dapat balik modal…mudah saja.Kita jangan sampai kena saman untuk kayakan mereka…

Tak ada saman,tak ada yang masyukkkk….KITA BAGI DIAORANG MAKAN PASIR.Dato Solah kata mereka dah di ingatkan akan RISIKO yang menanti mereka….ha ha ha.Amik kau! nak kaya sangat…