Aku tidak boleh tidak bersetuju dengan apa yang DISARANKAN sahabat aku Minaq Jinggo kepada PMO.Minaq Jinggo yang merupakan Photographer cum Blogger memang tidak asing lagi dalam kancah politik negara dan beliau adalah satu satunya photographer/blogger yang boleh diterima baik oleh semua pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam apa jua majlis dan program anjuran kedua belah pihak ini.

Seingat aku tiada seorang pun dikalangan bloggers pro kerajaan yang dapat diterima pembangkang untuk membuat liputan dalam program mereka saperti minaq jinggo.Pengalaman luas berada dalam kelompok pembangkang membuat liputan membuka mata Jinggo kepada permasaalahan yang tak ramai bloggers kerajaan berpeluang melihat dari dekat secara first hand yang mencetuskan luahan rasa dia saperti  dibawah ini,

Mereka yang disentuh dalam artikel dibawah haruslah berlapang dada mengambil iktibar dari saranan Jinggo dan melihatnya dari sudut yang positif.Selamat membaca…

********************************************
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor


Event : Sidang Media khas Anwar Ibrahim


Date : 3/12/2012 @ 10.00 am
Saya mungkin tak bersetuju dengan semua yang dikatakan Anwar, tapi mengenai sikap Najib yang menikus dan menyepi tanpa memberi jawapan menimbulkan pelbagai persoalan. Mengapa tidak diberikan jawapan bertulis dari pejabat beliau yang ditandatangani oleh mereka yang dipertanggungjawab kan, dikeluarkan setiap kali ada isu yang serius dibangkitkan oleh pembangkang. Potong saja isu tersebut sebelum ianya merebak rebak sehingga jadi begitu kronik untuk dijawab.
Mengapa dibiarkan kerja tersebut dijalankan oleh blogger-blogger kaki spin yang cerita mereka sentiasa diragui kebenaran? Berapa kerat saja blogger pro BN yang punyai kredential benar dalam penulisan mereka?
Bukan kah lebih baik jika jawapan dikeluarkan oleh pejabat PM sendiri dan tugasan spinning seterusnya dilakukan bloggers. Ini sudah songsang, bloggers spin ikut sesedap rasa masing masing dan tuanpunya badan terus menerus membisu atau kekadang tunjuk berani hentam pembangkang diatas pentas yang paling selamat dalam dunia.
Saya sebagai rakyat Malaysia yang bergerak atas landasan aktivis masyarakat ingin melihat perubahan sikap. Jangan biarkan masyarakat (pengundi) tertanya tanya setiap kali tohmahan dan tuduhan dilempar oleh pembangkang. Mr PM please do not procastinate. 
Pembangkang hanya melakukan apa yang semulajadi bagi mereka… bangkang, tohmah, fitnah dan bangkang…..on and on