Tajuk tu aku yang kata bukan Tun M yang kata.Tapi aku ni bukan sekolah tinggi mana jadi bila Tun M kata “Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada perdana menteri. Anda boleh menonjol semahunya,”..itulah bahasa mudah orang tak sekolah tinggi macam aku ini faham bila dia ditanya wartawan mengenai “penonjolan berlebihan” Rosmah Mansur dalam satu majlis di Malaysian Petroleum Club di ibu negara hari ini.

Itu bahasa mudah aku dan kalau bahasa mudah orang yang duk melepak kedai kopi tak ada keja mungkin bahasa diaorang ganas sikit,contohnya…..”Dia nak main tonjol tang mana suka hati emak bapak dialah,,korang sakit kat mana dia bini PM ?..”.Ha ha ha..layan kat SINI

Di majlis yang sama Tun M turut mengulas kenapa dia lawan Mantan PM Poyo kita Paklah masa PRU12 tapi tak lawan @NajibRazak dalam menghadapi PRU13 ini,dan Tun M jawap Mantan PM Poyo kita dulu “prestasi” nya tak memberansangkan saperti Najib sekarang.”Tidak ada double standard. Jika prestasi seseorang (itu) tidak baik saya akan berkempen, melawan sesiapa sahaja,”.

Dalam bahasa kaki kuda “race course”...”Buat apa saya nak bet atas “kuda patah kaki” terlebih steroid macam Paklah..buat perabih duit aja”.”La ni kita ada “Pekan Stallion” kita pakat bet lah..”
Layan lagi kat SINI.


P/S : Kah kah kah…kan aku dah kata aku dah jadi “budak jahat” sekarang ini.Dulu aku kata aku cuma “tegur” hampa pakat kata aku “serang”…la ni aku betoi betoi serang….amacam?

MERA NAAM JOKER