Tak sempat Datuk Ahmad Maslan nak memasarkan Biografi Rosmah Mansur yang dilancarkan Sultan Pahang semalam Januari 2013 ini,satu lagi biografi tentang Rosmah dilancarkan hari ini oleh PEMINAT RM NOMBOR 1..siapa lagi kalau bukan Tukar Tiub aka Hishamuddin Rais.Terkesima aku membaca hasil perahan otak Hishamuddin menggarap kata bagi menggambarkan Rosmah dalam biografi nya yang tak sanggup nak aku c & p disini,jadi kalau nak baca pergilah ke SANA.

Apa pun ini merupakan satu lagi “malapetaka” baru yang terpaksa didepani jentera bilik perang Umno/Barisan Nasional termasuklah JENTERA PERANG SIBER mereka yang selama ini tak cukup tangan nak menangani isu isu lain termasuk lah ISU ISU SUMBANGAN ROSMAH MANSUR sendiri yang selama ini kerapkali membantut dan meruntuhkan apa yang telah mereka bina sejak 2008.

Semasa masih bersama JENTERA PERANG SIBER UMNO dulu aku kerap mengingatkan @NajibRazak agar mengawal sedikit kemunculan Rosmah Mansur ini  dikhalayak ramai secara fizikal ataupun maya yang sudah sampai keperingkat KRONIK & MEMUALKAN lebih lebih lagi bila menjelang PRU13.Tapi nampaknya nasihat blogger nyamuk macam aku tidak diendahkan dan hari ini membaca perahan otak Tukar Tiub baru aku tahu sebabnya Najib tidak “berani” bertindak…

Syukur aku kepada Allah Taala kerana beberapa bulan sudah aku mengambil keputusan untuk berada diatas tembuk dan tidak berada disebelah mana mana tembuk,jadi bila Rosmah buat hal lagi ianya bukan urusan aku lagi dan aku boleh tumpang sekaki membadakkan dia macam dilakukan ramai pihak hari ini,

Aku tahu sahabat sahabat yang masih dalam JENTERA SIBER UMNO pun berperasaan saperti yang aku rasa tapi dek sebab SOP(standard operating procudures) mereka MEWAJIBKAN mereka agar mempertahankan pemimpin atau siapa juga yang berkaitan walau seharamjadah mana perangai mereka,maka mulut terpaksa DIKUNCI walau dalam hati tetap MEMAKI.Penat tak boleh cerita lah…siang malam bercekang mata memerah otak nak membina semula keyakinan rakyat terhadap Umno/Barisan Nasional dan kerajaan,hanya DIMUSNAHKAN oleh kenyataan kenyataan dan perangai bodoh PEMIMPIN PEMIMPIN DAN KELUARGA MEREKA.

Mereka yang mampu tersenyum hanyalah dikalangan MEREKA siber trooper yang terlibat secara langsung dengan “DANA BADAK” dan sanggup dibadakkan oleh you know who?Ini bukanlah satu RAHSIA lagi dikalangan penggiat media pro kerajaan,kerana semua sedia maklum SIAPA KERJA UNTUK SIAPA DAN DAPAT APA…ha ha ha.Jadi sosek sosek si-polan si-polan tu bloggers Rosmah Mansur…bloggers Hishamuddin Hussein….blogggers Zahid Hamidi….bloggers Nazri Aziz….bloggers JASA…blogggers BTN…bloggers MKN.. dan ntah apa lagi agensi bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Panduan untuk para pembaca kalau nak tahu SIAPA KERJA UNTUK SIAPA,perhatikan isu semasa siapa yang “kena hentam” dan “bloggers” mana yang tampil dulu kehadapan MEMBELA…itulah TUAN dan itulah PEKERJAnya….mudah kan?Kah kah kah…

Selepas artikel ini keluar nanti cuba anda perhatikan siapa yang terlebih dahulu kehadapan membela…maka merekalah sebenarnya TENTERA BADAK….bukan “Tentera Badar” walaupun bunyinya nak seakan sama…Kah Kah kah.