Amacam..boleh dapat “Datuk” tak..?

Ini lagi satu cerita kelakar dalam negara Malaysia Boleh!.

Kalau kita biasa mendengar kisah orang kena bayar ratus ratus ribu RM hanya untuk mendapatkan anugerah “datukship” dan ramai gak yang kena tipu ratus ribu RM oleh syndicate jual “datukship”,hari ini MASAALAH tu kita boleh anggap selesai.Kerana anda hanya perlu menangis terutamanya didepan @NajibRazak untuk dianugerahkan “datukship” sapertimana yang dilakukan oleh brother kita kat bawah ini.

Tak kisahlah kalau anda nangis betul betul ke atau lakon lakon,asalkan kesedihan muka anda itu ada iras iras “tempeyek lemau masuk angin” anda dikira layak mendapat anugerah dibawah skim DAN1M (Datuk Nangis 1Malaysia) dan “kilang datukship” kat Melaka akan menentukan stok senantiasa ada.Bukan gitu Tun Khalil?
P/S : Kalau mengikut keratan akhbar diatas Cikgu Seman dapat Datuk Melaka dari Tun Khalil atas jasa jasa beliau kepada Umno.Rasanya kalau nak kira jasa,aku pun ada juga BERJASA pada Umno  masa PRU12 2004 yang masa tu Tun Khalil jadi “KEPALA” kat Ibu Pejabat Umno….RM250 Juta punya jasa.Tak ingat ke Tun?

Jangan kata nak anugerahkan aku Datuk…“elaun broadband” tak berapa sen itu pun Umno tarek balik minggu sudah.Mungkin nasib aku tak sebaik Cikgu Seman…nasib…nasib.

P/S 2 – Nangis depan Najib dapat Datuk…kalau nangis depan Rosmah Mansur agak agak boleh dapat title apa ya?Tan Sri…Tun?