Jangan perkecil undi PERKASA .. amaran Berahim Ali kepada parti politik .. kat bawah sikit dia bagitau tetap menyokong BN.

“Jangan fikir undi orang lain saja penting, Perkasa tak penting, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir,” katanya lagi.

Wow!!!
Berdiri semua bulu ketiak aku bila Tok Him keluar amaran macam tu.Dia bagi amaran kat sape haa?Kat Kit Siang…kat Nik Aziz..kat Anwar Ibrahim….atau kat @NajibRazak?Hanya Tok Him yang tahu…dan semua orang dah tahu tapi buat buat tak tahu.
Aku pernah kata minggu sudah bila tenguk Zahrain masuk balik Umno di Penang masa jelajah Janji DiTepati Najib disana tempohari,teringat bila pulak turn Tok Him ,Zul Nordin dan spesis spesis “spring” ini nak umumkan masuk Umno macam Zahrain.Tak lama,dua tiga hari lepas itu aku ada terbaca kenyataan Tok Him ntah kat mana aku tak ingat yang dia tidak akan kembali kepangkuan Umno,KECUALI…ulang sekali lagi KECUALI dia diJEMPUT masuk secara resmi oleh Umno atau senang kata oleh Najib sendiri.Kah kah kah…
Boleh tahan jugak “JUAL MAHAL” Tok Him ini walaupun masa dah suntuk dan stationmaster dah goyang loceng menandakan keretapi dah nak berangkat tapi dia main tarek harga lagi…alamat ditinggal keretapi lah jawapnya.Menyedari “tawaran” dia tak dipedulikan Umno maka aku rasa keluarlah AMARAN saperti diatas.Untuk siapa kalau bukan ditujukan kepada Umno dan Najib..keh keh keh.

Sebenarnya biarlah aku berterus terang dengan Tok Him…

Semenjak insiden semua Panglima Perkasa tak turun padang dan peluk bini masing masing kat rumah masa Bersih 2.0,walaupun 2 minggu sebelum itu duk kuat kempen macam panggil kita “asah parang”(perumpamaan saja bukan suruh betul betul)…KREDIBILITI PERKASA MENJUNAM TERUK.Bukan aku sahaja sebagai “bekas ahli Perkasa” yang hilang kepercayaan pada Perkasa bahkan aku rasa ramai lagi ahli yang merasakan yang sedemikian.Perkasa tidak lebih dari sebuah NGO “kaki buat bising” sebising Presiden nya dan semua perjuangan Perkasa selama ini nampak macam retorik kosong.

Kalau hari ini Tok Him memberi amaran saperti diatas,ianya tidak lebih dari “rasa kecewa” beliau bilamana tidak dilihat Umno sebagai “asset atau winnable candidate” untuk dipertarungkan dalam gelangang PRU13 sebagai salah satu ayam jaguh mereka.Untuk bertanding atas tiket Pakatan Rakyat tak usah ucaplah,dan kalau nak bertanding atas tiket “BEBAS” pula macam sengaja tempah sakit untuk hilang wang deposit,maka suka atau tidak Umno lah saja sandaran nya untuk Tok Him kekal relevan dalam arena politik negara.Untuk duduk diam sepenggal tanpa kerusi di Parlimen hanya akan mematikan karier politik Tok Him “secara semulajadi”.Ini yang aku lihat tercetusnya kenyataan seakan “amaran” yang dikeluarkan Tok Him bersandarkan kekuatan Perkasa yang mungkin masih ada tapi rasanya dah tak berapa nak ada lagi…

Setahun selepas penubuhan Perkasa mungkin,dan aku setuju masa itu Perkasa ada kekuatan nya tersendiri dan aku sendiri terlibat aktif sehingga tertubuhnya Perkasa Daerah Hulu Langat yang mana sahabat aku kini YDP nya.Tapi setelah bertahun berlalu dan ditambah dengan insiden “keperkasaan Perkasa Bersih 2.0”….Perkasa aku ibratkan harimau yang mengaum kuat tapi “taringnya” sudah ngak ada…Sorrylah sahabat sahabat yang masih bersama Perkasa kerana itu realitinya yang aku lihat..

Sebab itu aku pernah mencadangkan kepada beberapa orang kepimpinan tertinggi Perkasa agar Tok Him menukar status pertubuhan ini daripada NGO kepada sebuah parti politik dengan mengekalkan nama Perkasa.Tapi saranan aku itu tidak diambil berat dan konon nya Perkasa ingin kekal apolitical…apolitical kah Perkasa selama ini?

Mungkin sebelum ini Tok Him terlalu yakin yang beliau akan dihamparkan permaidani merah untuk kembali kepangkuan Umno dan bertanding atas tiket mereka.Tapi realitinya..Umno tetap Umno..berjasa atau tidaknya kita kepada Umno terpulang kepada “kayu ukur” semasa pemimpin mereka.Kalau kita ibarat lembu yang dah “kekeringan susu” untuk diperah..sendiri mau ingatlah!

Inilah yang dihadapi Tok Him hari ini dan jika Tok Him yakin akan kekuatan yang ada pada dirinya melalui Perkasa…APAKATA KITA CUBA TRY TEST ACU tenguk….he he he.

Kisah penuh rintihan Tok Him kat bawah ni…

300 000 AHLI PERKASA PENTING!!! Jadi umpan Brahim Ali tarik perhatian nak jadi calon BN