Sejak keluar video Deepak yang dicuri-rakam (atau Deepak memang tahu ia dirakam) yang konon nya mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang disebalik “pendedahan” terbaru Deepak dengan isu SD2 Bala berlaku episod cabar mencabar antara Deepak dengan blogger yang dikatakan “mencuri rakam” video tersebut.Deepak dengan senang hati mencabar “si-perakam” agar mengeluarkan keseluruhan rakaman video tersebut beserta transkrip perbualan tersebut untuk dinilai umum dan menolak sama sekali yang dia ada mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai “dalang” yang mengarahkan dia memfitnah Rosmah Mansur dan @NajibRazak.Menurut Deepak video itu telah di edit sedemikian rupa untuk mencapai “maksud” pihak yang tertentu untuk tujuan tertentu sedangkan jika dilihat dari keseluruhan rakaman ianya berbeza sama sekali.

Persoalan nya…

“Mana mungkin Deepak tahu berapa lama durasi rakaman video tersebut jika ianya benar benar dirakam-curi oleh siapa yang berada disitu malam itu?

Apakah ianya sengaja dirakam sebegitu rupa untuk menggambarkan situasi “curi-rakam” sedang hakikatnya Deepak memang sedia tahu perbualan dia dirakamkan?

Setakat ini Deepak hanya membuat kenyataan video itu dirakamkan dirumah seorang ahli MKT Umno bersama beberapa individu termasuk 2 orang bloggers tanpa memperincikan siapa ahli MKT itu?Tapi telah sampai kepengetahuan banyak pihak termasuk APA sendiri tentang setiap individu yang hadhir dalam sesi perbualan itu dan dimana ianya diadakan dan apa yang benar benar berlaku.

Bukan itu sahaja bahkan dikatakan Deepak juga berjaya “MENCURI RAKAM”(ini benar benar curi rakam) setiap yang berlaku dalam sesi pertemuan itu dan menanti waktu yang sesuai untuk melakukan “pendedahan video versi Deepak” pula.

JADI SIAPA SEBENARNYA YANG MEMERANGKAP SIAPA DAN SIAPA YANG BAKAL TERPERANGKAP DIAKHIR EPISOD INI.

Kita sama sama nantikan…kah kah kah.

P/S : Jangan selalu ingat kita saja yang CERDIK sedangkan orang lain LEBIH CERDIK dari kita.