Saperti yang kita tahu semua asset tentera laut (kapalnya) selama ini dianggap “Kapal DiRaja” KD sebab itu semuanya dipanggil dengan nama KD Hang Tuah,KD Hang Jebat..KD tu dan KD ni dan seterusnya sampaikan kapal selam kita pun berinitialkan KD dan semuanya dilancarkan oleh Permaisuri Agung,YDP Agung atau Sultan sebelum ini.Tapi semalam ada sedikit “keluarbiasaan” bila kapal latihan TLDM yang terbaru “Megah Samudra” dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri Rosmah Mansur dilimbungan kapal  NGV Tech Sdn Bhd, Sijangkang,Kuala Langat,Selangor.

Sejak semalam sehingga artikel ini aku tulis belum lagi aku terlihat dimana mana kapal latihan yang dilancarkan Rosmah semalam dipanggil dengan panggilan “KD MEGAH SAMUDERA” dan masih kekal dengan nama “Megah Samudera” dan rasanya oklah begitu sebab memang tak layak nak dipanggil KD pun sebab Rosmah yang lancar…cuma,apakah selepas ini akan ada banyak lagi asset asset TLDM (kapalnya) yang akan “tergugur” initial KD (Kapal DiRaja) disebabkan tidak dilancarkan oleh Raja Raja tapi oleh “bekas Permaisuri Raja Sehari” ? Keh keh keh…

Baca “amukan samudera” para pembaca blog Manjung Mari.