Gambar kenangan hari  pertama PAU 2012  bertemu Abah di Riverside Cafe
sambil Abah posing dengan karya kontrovesi nya,

Masih bermain difikiran aku dihari pertama PAU 2012 bila bertemu Abah di Riverside Cafe sewaktu Abah muncul dengan buku Setan,Syaitan,Sultan buat kali pertama nya disitu.Bila kami sempat duduk semeja aku berbisik ketelinga Abah..“Ok ke abah jual buku ini kat sini..?”.Abah menjawap selamba,“Dah bertahun abah jual buku waktu Perhimpunan Agung tak ada masaalah pun..”.Kemudian dia menyambung lagi,“Selagi SB(Special Branch) tak halau abah akan terus jual disini,tunggu diaorang(SB) halau lah..”,sambil Abah ketawa kecil.

Pelukan erat dua sahabat lama sebelum Zahid dikejutkan dengan
pemberian percuma “buku panas”..ha ha ha

Aku kemudian nya membiarkan Abah melayan para peminat tulisan beliau dan hanya memerhatikan dari jauh sambil merakamkan gelagat Abah bersama rakan rakan nya.Esuknya aku tidak turun lagi ke Riverside Cafe kerana MEMBANTAH tindakan pihak tertentu yang menyorokan Pas Media aku bagi menghalang kehadhiran aku di dalam Dewan Merdeka kali ini.Ntah apa yang dirisaukan sangat mereka dengan kehadhiran aku,aku pun tak pasti dan mereka nampaknya “lebih percaya” kepada Malaysiakini,Malaysia Insiders dan beberapa suratkhabar Cina yang saban waktu menghentam Umno dan kerajaan.Inilah salah satu sebab kenapa kini aku bertukar menjadi “ORANG JAHAT” dan mula menhentam apa saja berkaitan Umno dan kerajaan.So nak salahkan aku???

Ha ha ha…aku terakam saat Zahid Hamidi “menerima” buku hadiah Pak Habib
yang akhirnya dikembalikan semula oleh Zahid.Tak berani simpan kot?He he..

Berbalik kepada cerita tadi,aku dah tak ingat dihari ketiga atau keempat perhimpunan aku diberitahu  oleh Zelmey abah ditahan di Riverside kerana menjual buku.Jenuh jugak duk calling sana sini untuk mengetahui status penahanan Abah yang akhirnya dibebaskan sebelum waktu maghrib.

Sejak peristiwa itu aku cuma berpeluang bercakap sekali sahaja dengan abah dan yang aku tahu keesukan harinya Abah masih lagi menjual buku tersebut di Riverside sehingga perhimpunan tamat.Ha ha ha…itulah Abah Syed Hussein Al Attas,mana ada takut dengan manusia dan kepada yang nak timba ILMU BERANI beliau sila klik…

Daftar di sini untuk Rahsia Cari Rezeki & Insan 3D: http://alxs2013-eorg.eventbrite.com/
Daftar sekarang di sini untuk kursus Ilmu Berani : http://ilmuberani.eventbrite.com/

Aku menunggu apa yang bakal Abah coret mengenai insiden “penahanan” beliau tempohari dan akhirnya beliau meluahkan nya dibawah untuk tatapan kita semua…