Kemaskini 17/12/2012.
Permohonan maaf Harakahdaily

Sejak beberapa hari lalu ramai bloggers dari Pakatan Rakyat yang memainkan isu konon nya seorang anggota polis wanita bakal ditukarkan ke Sarawak Januari depan oleh bossnya kerana menyokong Pakatan Rakyat.Aku pada mulanya tidak ingin turut serta dalam isu ini sehinggalah menerima satu email di inbox aku siang tadi yang menjelaskan isu ini hanyalah berupa FITNAH TERHADAP PDRM dan gambar Pn Norhashimah Mohammad individu yang dikatakan sebagai anggota polis itu sebenarnya palsu.

Gambar Puan Zakiah Bidan Desa yang dikatakan dicuri
oleh “Puan Norhashimmah”

Gambar itu sebenarnya milik seorang BIDAN DESA bernama Puan Zakiah dan bukan Puan  Norhashimah Mohammad “anggota polis” yang konon nya dianiaya boss nya.Aku yang tak pasti siapa yang benar dalam isu ini kemudian melakukan sedikit homework tentang “Puan Norhashimah” melalui FB dan menemukan FB yang baru dibuka tak sampai 10 jam dan sedang cuba menambah kenalan supaya ianya tidak kelihatan fake(gambar bawah).

Memandangkan aku langsung tidak membaca tentang isu ini bila ianya mula timbul beberapa hari sudah terpaksalah aku “backtracking” menggunakan Google dan mendapati banyak blog PR yang carry cerita ini besumberkan blog erapasca.Carian di blog ERAPASCA tidak menemukan aku dengan artikel yang DISUMBERKAN oleh semua blog PR mengenai isu ini(imej dibawah)
Carian Google menemukan banyak blog PR memainkan isu ini
Kesimpulan aku dari sedikit “kerja kerja pencerahan” yang aku lakukan dan memandangkan SUMBER  ISU ini sendiri (erapasca) yang menjadi sumber kepada semua blog yang tolong MEMANASKAN cerita ini sendiri menunjukan artikel berkaitan tidak wujud(atau sudah dipadamkan) ianya hanyalah TOMAHAN DAN FITNAH TERHADAP PDRM dengan menggunakan wajah individu lain yang tidak berdosa.
Kecuali “Puan Norhashimah Mohammad” tampil sendiri kehadapan membuat penjelasan atas isu ini ianya akan kekal FITNAH DAN TOMAHAN TERHADAP PDRM dalam usaha pihak pihak tidak bertanggung jawap untuk MEMBURUKAN IMEJ PDRM dimata rakyat menjelang PRU13.
ARIOS.