Jam 1:00 pagi 17/12/2012 sebentar tadi Blog ini mencapai angka pageview yang ke-3 Juta.Aku pun tak sedar dan takde buat countdown pun untuk angka 3 Juta ini cuma terpandang bila pergi ke Stats page sebentar tadi.

Saperti juga semasa melepasi angka 1Juta dan 2 Juta,tidak mungkin angka 3 Juta ini aku lepasi tanpa SOKONGAN ANDA SEMUA para pelawat blog ini baik yang menyukainya atau yang membencinya dan juga PAUTAN DARI SAHABAT BLOGGERS baik yang pro BN atau yang pro PR.

Kalungan ribuan terima kasih kepada ANDA SEMUA yang menyokong blog APA baik dalam suka mahupun dalam duka dan kita berjumpa lagi diangka 4 Juta InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan blog ini masih utuh tidak digodam.

YA ALLAH SYUKUR KU KEPADAMU YA RABB KERANA MELETAKAN AKU DISINI.