Sejak sekian lama rakyat Malaysia berbagai lapisan kaum dan peringkat tidak berhenti bercakap pasal isteri Perdana Menteri kita Rosmah Mansur.PENDEKATA nama Rosmah Mansur dah jadi macam household brand macam ubat gigi Colgate dan sabun Breeze sejak @NajibRazak masih lagi Timbalan Perdana Menteri sehinggalah menjadi Perdana Menteri.PENDEKATA tiada siapa yang tidak mengenal Rosmah Mansur sehinggakan masyarakat “OKU PENGELIHATAN” kat Brickfields pun pandai komen pasal Rosmah Mansur walaupun seumur hidup mereka tidak pernah berpeluang melihat wajah dan fizikal isteri Perdana Menteri kita ini.Tak percaya???Sila anda ke Brickfields dan bertanya sendiri komen “OKU PENGELIHATAN” yang anda jumpa disana tentang Rosmah..pasti anda terkejut dengan jawapan mereka.Apatahlagi Brickfields adalah kawasan permainan PEMINAT NOMBOR SATU ROSMAH…siapa lagi kalau bukan Tukar Tiub aka Hishamuddin Rais.

Begitu lah hebatnya POPULARITI Rosmah Mansur dimata rakyat Malaysia…cuma dia nya popular untuk sebab yang salah(for a wrong reason).Menyedari hakikat ini ramai “kaki bodek kelas pertama” tampil kehadapan untuk membela dan memperbaiki imej Rosmah yang sudah tercalar teruk sama ada atas perbuatan nya sendiri atau dilakukan oleh isteri Perdana Menteri.Salah satu cara yang terfikir oleh “mereka” setelah mendapat nasihat Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno Malaysia yang tak pernah berjaya menerangkan apa apa,adalah mengeluarkan satu BIOGRAFI khusus untuk menjawap segala “tomahan dan fitnah” yang merupakan fakta dan kenyataan yang dilontarkan rakyat terhadap Rosmah selama ini.Maka dimalam ulangtahun kelahiran Rosmah baru baru ini biografi ini dilancarkan oleh Kebawah Duli Sultan Haji Ahmad Shah,Sultan Pahang.

Suka bebenor semua “kaki bodek” terutama Ahmad Maslan bila senjata untuk mematahkan serangan terhadap Rosmah selama ini ditemui dan berjaya dilancarkan.Inilah yang dinanti nantikan selama ini bila mana SEMUA PENERANGAN DAN PEMBELAAN SECARA PERCUMA selama ini tidak mampu membersihkan imej Rosmah.”Rupa rupanya rakyat Malaysia tidak mahukan sesuatu yang percuma..”,fikir Ahmad Maslan.“Sesuatu yang percuma pastinya tidak bernilai…”,fikirnya lagi.

Maka disediakanlah sesuatu yang BERBAYAR dalam bentuk BIOGRAFI dengan harga RM150 senaskah.Bijak…memang bijak “tukang fikir”,”tukang bodek”,”tukang nasihat” dan “tukang perabih” untuk projek mulia ini.Mungkin rakyat Malaysia memang memerlukan sesuatu yang berbayar selama ini baru nak percaya dan harga yang perlu dibayar adalah RM150.Bijak…ish ish bijak sungguh…free no class.

Jadi kepada anda yang ingin mencari KEBENARAN janganlah sayang melabur RM150.

Pasti setelah anda BAZIRKAN RM150 anda akan dapati bahawa segala PERSEPSI dan SANGKAAN anda terhadap Rosmah Mansur selama ini BENAR BELAKA.

HA HA HA…

Bak kata Mak Pah Bedah pemotong getah kat Kg Ulu Dong….DONT WASTE MY FCUKING TIME!


Baca lak apa komen Tun M bila ditanya perkara yang serupa DISINI