Blogger yang aku maksudkan

Siang tadi aku menonton siri Melodi dan diantara yang menarik perhatian aku adalah segmen dimana pihak SENIMAN datang melawat pelawak Datuk Yahya Sulong bila membaca berita yang konon nya dia dan isteri “dihalau” oleh pihak DBKL kerana gagal melunaskan tunggakan sewa sebanyak RM800.

Semasa aku mula terbaca kisah ini dipaparkan oleh seorang blogger yang aku kenal terdetik juga kemarahan terhadap DBKL waktu itu kerana aku merasakan DBKL bertindak zalim terhadap Datuk Yahya dan Datin yang semua tahu dalam kesihatan yang tidak begitu baik.Memandangkan dah ada beberapa lagi blogger dan facebooker mula pick-up cerita itu dan mengetengahkan nya maka aku buat kerja aku.

Apa yang memeranjatkan aku bila dalam temubual Melodi siang tadi Datuk Yahya Sulong MENAFIKAN yang dia dihalau oleh DBKL bahkan MEMUJI sikap kakitangan Jabatan Perumahan DBKL yang bergitu PERIHATIN dengan nasib mereka berdua sejak mendiami flat tersebut tahun 1986.Bahkan dengan linangan air mata dan sebak beliau merayu agar DBKL tidak terus diFITNAH dengan tuduhan liar sebegini oleh mana mana pihak.

Jadi suka aku menyarankan kepada sahabat blogger aku ini  dan yang lain yang turut memainkan cerita ini sebelum ini agar janganlah kita buat bodoh saja dan memohon maaf lah kepada pihak DBKL.Anggaplah ianya satu KESILAPAN mendapatkan maklumat tepat dan sebagai blogger yang bertanggung jawap akuilah kesilapan kita itu.