Bumi memang kelihatan besar jika dibandingkan dengan
planet yang lebih kecil.Tapi….

Adakalanya kita merasa terlalu bangga dan besar diri dengan kejayaan dan kehebatan kita di dunia ini. Hingga kita terlalu leka dan tidak sedar yang kita ini sebenarnya terlalu kerdil di dalam alam ciptaan Allah SWT ini. Mari kita renung seketika hakikat yang manusia ini tersangatlah kerdil jika hendak dibandingkan dengan ciptaan Allah SWT yang lain.

Cuba lihat rajah perbandingan saiz planet bumi di bawah :

Saiz bumi yang dibandingkan dengan beberapa planet lain.

Di antara lima planet ini iaitu Mars (Marikh), Venus (Zuhrah), Mercury (Utarid) dan Pluto, Earth (Bumi) adalah planet yang paling besar. Kemudian lihat perbandingan saiz Bumi dengan planet-planet yang lain dalam galaksi.

Perbandingan saiz planet-planet dalam galaksi

Amacam? Alangkah kecilnya bumi kita ni jika hendak dibandingkan dengan planet Jupiter (Musytari) dan planet Saturn (Zuhal). Lihat rajah ini pula..

Saiz Bumi dibandingkan dengan matahari

Eh.. Mana bumi? Harap-harap anda masih nampak di mana Bumi. Tetapi, matahari bukanlah bintang yang paling besar.

Perbandingan saiz matahari dengan Arcturus

Lihat betapa besarnya bintang Arcturus berbanding matahari! Bumi tidak dapat dilihat dalam skala perbandingan ini. Apatah lagi kita? Tapi Arcturus juga bukan bintang paling besar…

Saiz Acrturus dibandingkan dengan Antares

Pergh! Giler gedabak besar bintang Betelgeuse dan Antares ni. MasyaAllah! Ini baru bintang yang dapat dilihat oleh manusia melalui pengetahuan teknologi sekarang ini yang terbatas. Sudah tentu terdapat banyak lagi bintang atau makhluk lain yang mungkin lebih besar daripada ini.

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Surah Al-Ghafir Ayat 57

Itu baru ciptaan Allah SWT. Kalau kita sudah mendapat gambaran betapa besarnya ciptaanNya di dalam rajah-rajah di atas, mengapa kita tidak boleh merasai kebesaran Yang Maha Penciptanya pula? Kenapa kita terlalu degil dan suka berdalih mencipta sejuta alasan bagi menghalalkan maksiat? Masih lagi hendak bongkak, besar diri dan loyar buruk dengan Allah SWT? Sedarlah! Kita hanya makhluk yang sangat sangat sangat kerdil!

Sumber : SINI
NOTA KAKI APA :
Besar sangat kah KITA ini jika dibandingkan dengan langit dan bumi ciptaan Allah Taala?Besar sangat kah kita ini jika sekelian alam ciptaan Allah Taala kita ambil kira?

Besar sangatkah Umno,Pas,PKR,DAP dan segala macam “kegilaan kuasa politik” yang berlaku dalam negara hari ini?

Besar sangatkah Najib..Rosmah…Anwar Ibrahim…Nik Aziz…Kit Siang dan segala macam manusia yang merasakan diri mereka BESAR sedangkan MEREKA semua ini terlalu kerdil,ghaib dan pupus dalam kebesaran Alam Semesta ciptaan Allah Taala?

Jadi sama sama kita fikirkan….