Artikel Sak dan Aspan mengenai “Melayu Umno” yang aku beri tajuk aku sendiri “Tidak cukup Melayu kah kalau bukan Melayu Umno? mengundang 2 komen yang amat menarik perhatian aku.Saudara Mohd Zaini mungkin cuba menghayati lagu ini dengan “semangat Umno” yang sememang nya itulah kehendak Umno agar orang Melayu terus mengretorikan lagu ini sebagai lagu “pembakar semangat” mereka sedangkan bila diperhalusi bait bait senikata lagu ini sendiri ia mendedahkan kebodohan orang Melayu sendiri yang mempercayai/mengamanahkan kuasa kepada sekumpulan orang Melayu yang akhirnya menggadaikan nya kepada orang asing.Mungkin juga saudara Mohd Zaini mempaparkan bait bait senikata lagu ini bertujuan “menyedarkan” orang Melayu tentang “salah penghayatan” maksud sebenar lagu ini.

Bila lagu ini didendangkan oleh seorang wakil dari Kelab Umno Tokyo dalam Perhimpunan Agung Umno baru baru ini ianya membuatkan Dewan Merdeka diselubungi rasa sayu dan hiba sehinggakan ramai perwakilan tua muda,lelaki dan wanita tidak dapat menahan rasa sebak mereka sambil menitiskan airmata.Perwakilan menangis dan pemimpin pemimpin diatas pentas juga turut tumpang menangis,tapi apa yang ditangisi perwakilan dibawah tidak sama dengan tangisan pemimpin yang diatas pentas.Dibawah perwakilan menangis sebab “sedih” mendengar lagu yang mereka sendiri tak faham maksud sebenarnya dan diatas pentas pemimpin “menangis gembira” kerana berjaya buat perwakilan menangis saban tahun setiap kali lagu ini didendangkan.

Selagi lagu ciptaan BTN ini berjaya membuat ahli Umno menangis untuk pengertian yang salah saban tahun,selagi itulah “momokan” para pemimpin besar Umno akan terus dipercayai…dan JUARA MENANGIS untuk hari itu jatuh kepada Cikgu Seman atau DATUK SEMAN (gambar bawah) pangkat yang disandangnya hari ini sebagai “Tukang Nangis Terbaik PAU2012”.Berpuluh tahun dia menabur “jasa dan bakti” kepada Umno langsung tidak dipedulikan dan hanya bila dia MENANGIS dan imejnya terpapar dihampir semua dada akhbar keesukan harinya barulah pemimpin besar Umno tahu mereka ada seorang ahli yang bernama Cikgu Seman dan dia wajib dihargai untuk tujuan promo.Jadi kepada bakal perwakilan dan bakal pemerhati untuk PAU2013 tahun hadapan mulalah berlatih “menangis”,mana tahu tahun hadapan nasib anda pula terpilih sebagai JUARA MENANGIS.Kih kih kih…

Berbalik kepada komen dua pembaca tadi,komen saudara Aljo (imej paling atas) yang paling aku suka…..jujur dan bersahaja walaupun pedas bercili.Dah tiba masanya anak kecil ahli ahli dan penyokong Umno berhenti bermain api dan main benda lain selain API.Lama lama main “api” kalau tak bakar rumah orang lain lambat laut akan membakar rumah sendiri.Ikutlah cara saudara Aljo kita yang mengajar anak dia main PS3 dan iPad.
Sementara “anak kecil” ahli dan penyokong Umno masih “bermain dengan api”“anak anak besar” PEMIMPIN BESAR UMNO sedang bermain dengan betina,arak,kereta mewah dan dunia KOPRAT.Sedang “anak kecil” ahli dan penyokong Umno terkial kial belajar disekolah pendalaman Ceruk Tok Kun sana…“anak anak besar” PEMIMPIN BESAR UMNO berkeliran menimba ilmu dikota London,New York dan Washington DC.
JADI TERUSKAN LAH MENDENDANGKAN IRAMA SYAHDU LAGU ANAK KECIL MAIN API INI…
Kalau tak hafal senikatanya boleh salin dibawah ini ihsan dari saudara Mohd Zaini.