Sebagai ayah pastinya aku adalah ayah yang paling gembira hari ini kerana kejayaan puteriku Shahirah atau Shirah panggilan manjanya mendapat 5A 1B 1C dalam PMR nya.Gembira dan bersyukur aku kehadrat Allah SWT walaupun anak anak aku membesar tanpa aku disisi mereka hampir 10 tahun,mereka masih cemerlang dalam pelajaran masing masing.

Tahniah Shirah!

Terima kasih kepada ISTERIKU yang tersayang yang BERKORBAN begitu banyak membesarkan anak anak tanpa aku disisi membantu.Terima kasih kepada putera sulungku Shafiz kerana menjaga ibu dan adik adik semasa ketiadaan abah.Terima kasih kepada SEMUA ANAK ANAK ABAH kerana hidup dalam keadaan aman dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Terima kasih PAKLAH kerana menganiaya kami sekeluarga dan ratusan keluarga yang lain selama 10 tahun ini.

Terima kasih @NajibRazak kerana membantu Paklah menambah kesengsaraan kami semua kerana TIADA KEBERANIAN membetulkan keadaan.

Paling penting…

SYUKUR AKU PADAMU YA ALLAH YA RABB ATAS KURNIAAN MU SELAMA INI.