Lokasi pertemuan…siapa dan apa yang berlaku  disebelah sana kenderaan 
biar yang tertentu saja yang tahu.Aku ada ke gambar disebelah sana?
He he he….

Sebentar tadi atau lebih tepat jam 10:30 malam tadi aku sepatutnya berjumpa  seorang “pemimpin besar” Umno mantan Memanda sebuah negeri dan “Adun Tergantung”.Tempat yang dijanjikan adalah sebuah restoran di KL Tower dan dah jadi kebiasaan aku bab “puntuality” ini maka seawal jam 9:30 malam aku dah berada dipersekitaran KL Tower dan cuba mencari restoran yang dimaksudkan di KL Tower.Sayangnya semua staff kat situ blurr bila aku bertanyakan duduknya restoran tersebut dan ianya memeranjatkan aku kerana restoran ini agak terkenal juga.

Tanya punya tanya akhirnya aku menemukan jawapan dimana sebenarnya letak restoran tempat yang dijanjikan itu,ianya sebenarnya berada di Wisma Nusantara Jalan Puncak dan bukan didalam kawasan KL Tower langsung.Hati aku dah mula rasa tak sedap kerana memang menjadi “kepantangan” aku bila berjanji tempat tak tepat dan waktu tak tepat.Apapun kerana hormatkan sahabat aku yang jadi “tukang atur” pertemuan ini aku akur bila sampai disitu walaupun setengah jam lebih awal dan terpaksa menunggu giliran kerana “pemimpin besar” itu sedang bersama beberapa individu lain membincangkan sesuatu…ialah janji pun 10:30 malam dan aku awal setengah jam tunggu sajalah…

Sepuluh minit sebelum waktu dijanjikan “sahabat tukang atur” tadi datang menemui aku dan memberitahu mungkin ada kelewatan sikit kerana Dato Seri baru memesan “salad” dan berasa berselera nak makan salad tiba tiba pula.Apa yang tiba tiba“membuka selera” dia nak makan salad tak perlulah aku cerita kat sini….mungkin kerana “DESERT” nya yang menaikan nafsu selera dia.

Aku tenguk jam tangan aku menunjukan 10:50 malam….cukuplah rasanya aku bagi muka kat dia ini bisik hatiku.Aku berjalan ke kereta,start injin dan chowwwwwwww…..

Aku tak mahu nak ulas banyak tentang siapa beliau dan sikap macam “haramja” beliau…Cukuplah aku dan sahabat aku tahu sudahlah…lagipun “the ‘has been’ will remain ‘has been’ unless…”…