Sambungan dari http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/12/demokrasi-malaysia-umpama-estet-getah.html.

Dalam estet getah semua tujuan hidup ialah untuk menghasilkan getah sebanyak banyaknya untuk dijual memenuhi keperluan pasaran.Tanpa getah yang dikeluarkan untuk menghasilkan keuntungan ekonomi itu,estet ini akan mati bersama semua isi didalamnya.Maka begitulah negara,ia harus mengeluar,mengeluar dan terus mengeluarkan hasil sebanyak banyak nya untuk menjadi ia kaya,kuat dan dapat menghidupkan rakyatnya.Negara yang miskin juga adalah saperti estet getah yang miskin,mempunyai buruh buruh dan pokok pokok getah yang kurus,tidak berdaya,tidak berzat dan peralatan serta kemudahan usang.Bahkan kawasan juga kotor dan tidak bersistem.Begitulah juga dengan negara yang miskin,menjadi mundur dengan rakyat yang penuh emosi dan tidak boleh berfikir secara rasional lagi.

Negara estet getah hanya akan menindas manusia yang lemah didalamnya dan menjadikan yang miskin bertambah miskin bangsat,dan yang kaya menjadi bertambah kaya melimpah.Jurang antara kaya dan miskin merekah besar hingga menghancurkan hubungan masyarakat.Yang kaya akan menjadi dewa yang memberi takdir kepada manusia manusia miskin dibaewah tapak kakinya ,yang miskin akn menjadi ketulan ketulan najis yang dibuang disana sini.Negara hanya wujud untuk menyembah wang,hartabenda dan emas perak.

Akhlak,kehormatan diri,status sosial ditentukan oleh berapa banyak not wang dalam kocek nya.Kemuliaan diri,budi,bakti dan nilai manusiawi yang tidak mempunyai nilai ekonomi diletakan sebagai sampah dalam tong tong besar sarap yang menunggu untuk dipunggah buang.

Politik estet getah menjadi punca segala macam penyakit masyarakat hari ini.Demontrasi rakyat,demontrasi penduduk kampung,demontrasi bawa lilin,demontrasi bawa kain,bawa durian,bawa pisang,bawa kepala lembu,bawa kepala ayam,bawa kelapa,bawa itik semua.Tidak cukup dengan itu demontrasi rakyat Indonesia bawa parang,bawa buluh runcing hendak mengganyang Malaysia kerana tarian pendet,tarian panjang,tarian bulat,tarian licin.Ini adalah kecemburuan sosial dan kekalahan psikologi seorang abang besar kepada adik kecil.

Politik punca segala macam penyakit masyarakat hari ini.Bukan.Bukan hari ini .Sudah lama politik menjadi segala punca penyakit masyarakat.Kegilaan berpolitik menjadikan NEGARA KUCAR KACIR.Politik menjadikan semua sistem yang muncul sebagai perjuangan untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat,bertukar menjadi kepala kepala Firaun dan Namrud.Di Malaysia sahaja,semua rongga kehidupan rakyat DIKACAU OLEH POLITIK.Pendidikan sekolah dikacau oleh politik.Maka sistem pendidikan bertukar setiap kali bertukar Perdana Menteri atau Menteri Pelajaran bertukar.Politik Mahathir membuat silap mata menukarkan bahasa pengantar pendidikan sains dan matematik kepada bahasa Inggeris dalam masa semalaman.Kesan nya ia membuatkan sistem pendidikan huru hara selama bertahun tahun.

Mahathir sentiasa memikirkan dia adalah Nabi Sulaiman yang boleh menyuruh segala Jin membawa istana Balkis dalam masa sekelip mata.Tetapi Mahathir juga banyak meninggalkan mercu tanda negara saperti KLCC,Putrajaya,KLIA,Stadium Bukit Jalil,Proton,Mas,Perwaja,Jambatan bengkang bengkok yang berdiri saperti piramid piramid Firaun.Politik juga mengacau universiti universiti sehingga segala fikiran yang KRITIS dianggap IDEOLOGI atau AJARAN SESAT yang mesti dibasmi.Percaturan pangkat di universiti juga ditentukan oleh politik dan bukannya kerana kebijakan sosial dan akademik nya.

Politik mengacau dimana mana.Sehingga semua lubang kehidupan di Malaysia ditentukan oleh politik.Lubang cacing dan lubang tandas sahaja tidak dicemari politik.Kerja cuci rumput,kerja buat jalan,kerja angkut sampah di majlis perbandaran semuanya adalah kepunyaan ketua bahagian,ranting ,cabang dan ketua cawangan untuk diagihkan kepada barua dan pencacai politik mereka.Akhirnya politik bukan lagi untuk memberikan kehidupan yang ADIL kepada rakyat tetapi kekayaan mudah kepada ahli ahli politik yang dunggu berniaga menjadi kaya dalam perniagaan monopoli serta projek pasaran sedia wujud.

…….BERSAMBUNG.

Petikan buku AHLI POLITIK karya SM ZAKIR.