Demokrasi hari ini mewarisi segala kedungguan dan kebejatan masa lampau.Politik yang diasaskan kepada demokrasi telah menghuru harakan dunia selama lebih satu dekad.Tidak ada perang yang lebih besar di dunia ini melainkan perang pada era demokrasi.Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua adalah perang yang paling besar dalam sejarah manusia.

Kematian akibat kedua-dua perang ini berpuluh kali ganda daripada kematian pada zaman Perang Salib era feudal itu.Inilah hasil dari demokrasi.Dan selama demokrasi ini terus wujud sebagai amalan politik dunia,perang akan terus berlaku sambung menyambung.

Sehingga hari ini Amerika Syarikat yang menjadi “bapa syaitan demokrasi” tidak pernah putus berperang sejak Perang Veitnam hinggalah Perang Iraq-Afghanistan.Yahudi di Palestin adalah “anak haram demokrasi” daripada persetubuhan haram Amerika Syarikat dan Eropah.

Hari ini negara kita,DEMOKRASI WUJUD SEBAGAI SEBUAH ESTET GETAH WARISAN KOLONIAL INGGERIS.Estet getah adalah warisan ekonomi-politik yang ditinggalkan kolonial Inggeris.Begitu juga DEMOKRASI.Ia juga adalah warisan kolonial sebagaimana estet getah itu.Seorang pengurus adalah seorang Perdana Menteri.Penolong pengurus,kerani,penyelia dan pembantu estet adalah Menteri dan Birokrat negara.Pengawal adalah askar dan polis.Pekerja,buruh,tukang adalah rakyat yang hidup untuk diperintah dan mengeluarkan hasil bagi sebuah estet getah.

Seorang pengurus sebenarnya tidak pernah dipilih oleh pekerja tapi oleh sistem yang menentukan pilihan dari dunia politik yang telah ditentukan.Sebuah negara tidak pernah ditadbirkan untuk rakyat,tapi untuk sebuah keuntungan ekonomi politik.

Politik dalam demokrasi estet getah menjadikan tujuan negara ialah untuk ekonomi.Ekonomi menjadi penentu segala dasar,matlamat dan cita cita negara.Kepentingan mencapai angka angka setan ekonomi melebehi kepentingan untuk menjaga kebajikan rakyat.Undang undang juga dibuat diatas keperluan kepentingan mencapai pertumbuhan ekonomi.Nilai nilai masyarakat juga dicipta untuk menuju kepada cita cita ekonomi.Otak dan kepala masyarakat dibasuh serta dicuci melalui sistem pendidikan sejak kecil hingga dewasa untuk melihat bahawa hidup dan mati mereka ditentukan oleh dasar ekonomi.

Dasar dasar sistem pendidikan digubal untuk melahirkan haiwan ekonomi dan bukan manusia lagi.Ia bertujuan mencipta haiwan ekonomi yang bertindak saperti mesin dan bekerja untuk melihat dunia wang dan hartabenda sebagai matlamat seluruh jiwa,ruh dan jasad.Sedang sistem pendidikan ini mencipta robot robot yang bekerja untuk pasaran,sistem sosialnya pula mencipta sebuah AGAMA BARU yang menjadikan wang wang kertas sebagai TUHAN yang baru.Sementara sistem politik yang menjadi Iblis kepada semua dosa ini pula mencipta perdana menteri,presiden dan menteri menteri yang menjadi “firaun firaun baru” untuk disembah dan dipercayai mempunyai KUASA terhadap hidup dan mati seluruh rakyat yang melata dibumi ini.

Kelas yang menguasai ekonomi menjadi dewa dewa yang mencatur dunia di puncak gunung Olympus.Rakyat menjadi haiwan haiwan yang menunggu dicatur nasib mereka oleh tangan para dewa lakhnat ini.Pada era moden ini,negara tidak lagi wujud sebagai negara tetapi sebagai sebuah “estet getah” yang memeras manusia menjadi hamba sahaya untuk mengeluar dan mengeluarkan hasil yang boleh dijual dan dipasarkan sebanyak banyaknya demi melahirkan tuhan tuhan duit yang disembah oleh semua warga estet itu.Bagi mengawal semua dasar memuja tuhan wang dan hartabenda ini,bank bank diwujudkan menjadi kuil kuil dan berhala berhala tempat manusia menyembah wang dan hartabenda.

……….BERSAMBUNG.

Petikan buku Ahli Politik karya SM ZAKIR