APA ITU “POLITIK KOTAK” DAN APA YANG MENGKOTAK-KATIKAN PEMIKIRAN KITA?

Baca seterusnya garapan pemikiran SM ZAKIR dalam bukunya yang bertajuk AHLI POLITIK yang mengupas “Demokrasi Estet Getah Tinggalan Kolonial” sebelum ini dan hari ini “Politik Kotak”

Nota : Buku AHLI POLITIK karya SM Zakir ini tidak dijual dimana mana toko buku.Ianya merupakan hasil karya peribadi penulis untuk edaran kepada kenalan terdekat dan hanya dijual dalam ceramah ceramah pemikiran politik yang beliau adakan.

***********************************
Aku memandang kaki lima yang redup,melihat kotak kotak pelbagai saiz dan jenis tersusun ditepi kedai runcit disitu.Kotak kotak ini berisi barangan yang berbeza.Kalemayar mataku bagai melihat bagaimana bangsa,kaum,negeri dan apa saja yang boleh dijadikan label untuk dipisahkan disumbat dalam kotak-kotak pelbagai saiz dan jenis ini.Penduduk Malaysia ini dikotak-kotakan dalam kelompok masing masing dan dipisahkan antara satu sama lain.Mereka berhubungan atas dasar KEPENTINGAN dan KEPERLUAN,tidak lebih daripada itu.Masyarakat yang bergerak sejajar dan sejalan tetapi terpisah dalam kotak masing masing.Masing masing hidup menjaga kemakmuran kotak masing masing.Selalu hidup CURIGA MENCURIGAI antara satu sama lain.SYAK WASANGKA antara satu sama lain.Sentimen ini disuburkan oleh AHLI AHLI POLITIK yang licik mempergunakan keadaan ini untuk kepentingan KUASA POLITIK mereka.Kuasa politik negara ini hidup berasaskan keadaan berkotak-kotak ini.Kotak-kotak ini menjamin politik lama warisan penjajah itu terus hidup dan mempergunakan kecurigaan dan syak wasangka antara kotak kotak ini.
Politik Malaysia adalah berasaskan POLITIK PERKAUMAN,yang diwarisi penjajah Inggeris terkutuk itu.Serasa tekak ku loya.Inggeris,barat pengunggul demokrasi.Babi.Inggeris dan Barat semua adalah penipu.Mereka tidak pernah mengamalkan demokrasi yang mereka laungkan kononnya memberi hak sama rata.Mana ada orang kulit putih sanggup berkongsi hak sama rata bersama orang Asia,orang Afrika.Bangsat.Loya dalam tekak ku bergulung gulung.Puiihh!Aku meludah keluar kahak yang terhasil dari loya yang bergulung gulung.Dalam kahak ku yang hijau berlendir itu bergulung gulung orang orang putih celaka dan demokrasi mereka yang pembohong.
Ketika datang ke Tanah Melayu,penjajah Inggeris mempunyai dua tujuan.Pertama mengaut keuntungan yang ada di Tanah Melayu saperti hasil pertanian yang sedia ada saperti rempah ratus dan sebagainya.Kemudian Inggeris menggunakan tanah jajahan nya untuk menghasilkan keperluan bahan mentah bagi menampung keperluan hasil industri baru di Eropah saperti getah,bijih timah,bijih besi dan arang batu.Semuanya memenuhi tujuan pertama iaitu mengaut keuntungan hasil tanah jajahan nya.Kedua,penjajah Inggeris menggunakan tanah jajahan nya untuk membina pasaran bagi barangan keluaran nya saperti hasil daripada perindustrian nya dan perkhidmatan dari dunia modennya.Kemasukan penjajah dan penguasaan keatas tanah jajahan membentuk sistem baru sosial,ekonomi,politik dan budaya ditanah jajahan.Ia juga membentuk dikotomi kelas atasan-bawahan,tuan-hamba,dan kulit putih bukan kulit putih.
Bagi memastikan bangsa-bangsa ditanah jajahannya terus lemah dan lumpuh,penjajah Inggeris tahu bahawa mereka perlu memastikan wujudnya sebuah SISTEM PENGUASAAN dan PELEMAHAN dalam masyarakat tanah jajahannya.Pertamanya dasar diskriminasi terhadap penduduk peribumi sehingga MELUMPUHKAN KEHIDUPAN DAN KEPERCAYAAN terhadap diri mereka.Kedua,menjadikan penduduk peribumi MISKIN DAN BODOH sehingga tidak mampu memikirkan apa apa selain dari bergantung kepada tuan penjajah mereka.Ketiga,membawa masuk pendatang daripada bangsa yang berbeza untuk mengerjakan kepentingan penjajah dan seterusnya mengwujudkan ketidakstabilan dalam masyarakat oleh perkotakkan kaum.Akhirnya sekali,memecahkan penduduk kepada kotak-kotak kaum,agama dan budaya yang berbeza seterusnya mengwujudkan perasaan curiga antara satu sama lain.Maka lengkaplah sebuah sistem kemasyarakatan dibawah DASAR PECAH DAN PERINTAH.

…..BERSAMBUNG