Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan meramalkan UBN akan berjaya merampas 20 kerusi milik Pakatan Rakyat dan sekaligus akan memperolehi majoriti 2/3 di parlimen. Kerusi yang bakal dirampas ialah lima kerusi milik PAS, lima milik DAP dan 10 milik PKR.

Menurutnya kemunasabahan pencapaian itu berpandukan kepada kerusi-kerusi milik Pakatan Rakyat sebelum ini bermasalah apabila wakilnya keluar meninggalkan parti. Sekali dengar kenyataan Ahmad Maslan itu agak mengejutkan juga, tetapi bila membaca laporan itu sampai habis menyebabkan orang tersenyum sendiri kerana ramalan itu hanya ilusi oleh seseorang yang baru menikamti ‘air’ kekuasaan.

Kata Ahmad Maslan kemungkin itu berlaku sekiranya tidak berlaku cah keting di dalam parti berkenaan dan ia juga dibantu oleh calon boleh menang (winnable candidate) yang dikemukakan oleh UBN serta disumbangkan oleh kepimpinan Najib Razak.

Baca lagi lawak Ahmad Maslan kat SINI