Aku tak mahu nak menyebelahi mana mana pihak dalam hal ini sebab aku tidak berada disana untuk menyaksikan apa yang berlaku dan pihak mana yang memulakan provokasi.Tapi bab berbudi bahasa sesama kita apatalagi menghormati orang yang lebih tua dari kita memang aku tiada KOMPROMI.Kita tidak diajar bertindak kurang ajar sesama saudara seagama apatahlagi kepada yang tua waima berlainan ideologi politik sekalipun.

Apakah “ilmu” sebengini yang diajarkan di gudang ILMU Janda Baik?



Ilmu mana yang anda mahu?


Kalau inilah ilmu dan pengajaran yang diperolehi oleh anak anak muda kita bila pergi retreat ke ILMU Janda Baik ada lebih baik korang berhenti singgah di Wadi Hussein dan belajar dengan Pak Habib aka Syed Hussein Al Attas ilmu kemanusiaan yang diajar beliau di University Of Life dari mendengar “doktrin Umno” oleh facilitator facilitator lulusan BTN ini yang terus mengajar korang tentang ‘KISAH KISAH HANTU”…

HAK KITA TERHENTI BILA IANYA MELINTASI HAK ORANG LAIN.

So…fikir fikirkan.

P/S : Mungkin DS @NajibRazak perlu singgah sebentar menjenguk Pak Habib dan bertanya khabar setiap kali dalam perjalanan ke ILMU.Mana tahu antara ILMU dan University Of Life boleh dirangka satu “Twinning Programe” untuk mengajar peserta peserta ini menjadi “manusia sebenar manusia” dan bukan “manusia robot” tukang usung bendera.