Aku terbaca artikel pasal “air mineral” yang berlogokan Barisan Nasional dikatakan melanggar beberapa perkara dalam Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi undang undang yang WAJIB dipatuhi oleh semua pengilang.Pengalaman aku membekalkan air mineral untuk Umno/BN untuk PRU11 2004 menjadikan aku “PAKAR” dalam bidang ini dan sewaktu aku membekalkan jutaan botol air mineral waktu itu tiada sedikit pun pelanggaran mana mana Akta yang berkaitan.Semuanya aku lakukan mengikut akta dan garis panduan yang sudah ditetapkan berhubung proses pengeluaran air mineral.

Jadi bila Ketua Biro Kepenggunaan PKR Mohd Yahya Mat Sahri mendakwa banyak pelanggaran akta yang dilakukan oleh “pembekal air mineral” yang membekalkan nya kepada BN hari ini aku faham benar isu yang cuba diketengahkan beliau.Memang banyak yang tak kena dengan “air mineral” BN/Umno ini sebab sebagai seorang yang dah jadi “PAKAR” dalam bidang ini aku tahu hampir setiap pengilang yang mengeluarkan air mineral ini baik di Semenanjung,Sabah mahupun di Sarawak.Sekali jeling kalaulah botol itu berlabel aku dah tahu dari kilang mana dan tahap kualiti sesuatu produk.Jadi ada produk yang aku tidak akan meminum airnya walau sedahaga mana aku sekalipun sebab tahap kebersihan nya yang “amat amat” diragui.Tapi tak perlulah aku nyatakan disini kilang kilang yang mana yang aku maksudkan,kerana ianya hanya akan mengundang SAMAN terhadap aku tak pasal pasal.Contohnya kenapa warga Taiping tak mahu minum produk air mineral tertentu ,mesti ada sebabnya…apatahlagi kalau yang langsung tidak berlabel.Banyak kali aku jumpa “air mineral” jenis ini semasa menghadhiri program Umno atau Barisan Nasional.Jadi “air mineral hantu” ini memang ada.Lain kali kalau korang dapat air botol baik yang berlogo Umno ataupun BN,cuba perhatikan sebelum korang meminum nya.Kalau tak berlabel lebih baik buat basuh kaki…basuh muka pun jangan.

Jadi pihak berwajib harus melihat isu ini secara serius dan jangan main lepas tangan.Meletakan penutup botol berwarna BIRU untuk produk RO Water amatlah tidak bertanggung jawap dipihak pengeluar dan pembekal.Kalau lah dizaman pengguna tak berapa cerdik (2004) pun aku langsung tidak menipu dalam hal ini,aku jadi pelik bila pembekal yang ada hari ini begitu berani melakukan “penipuan terang terang” hanya kerana nak mengejar untung.

Baca seterusnya DISINI.

P/S : Kepada “pembekal” terutamanya kalau korang orang Islam,ingat ini air korang nak bagi saudara seagama korang minum,so jangan jadi haramja asyik nak kejar untung!